Pelakon dan pengacara, Ain Edruce mengimbas kembali momen semasa membuka hadiah yang diberikan oleh suaminya Amirul Hafiz Mustaffa sempena ulang tahun kelahirannya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kita Pakai Cantik, Dia Boleh Pakai Hoodie Dengan Seluar Pendek Ja?’ – Ain Edruce Kongsi Detik ‘Blind Date’ Dengan Amirul
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tarik Aku Pun Tak Lepas’ – Netizen Berdekah Gelak Tengok Gelagat Ain Edruce & Suami
Trauma main gitar
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Ain atau nama penuhnya Nurulain Edruce menerima sebuah gitar berjenama Gibson. Namun Ain mengakui bahawa dia gementar untuk bermain alat muzik itu berikutan trauma yang pernah dialaminya sebelum ini.
Throwback to Amirul bagi hadiah hari jadi yang buat aku nervous. Sebenarnya aku dah lama stop guitar, sebab aku trauma masa belajar dulu. Susah betul. Disebabkan dia beli, kena belajar balik. Slow-slow okay Ain, nanti okay lah tu.
Terima kasih Amirul, love you.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan Amirul sebagai seorang suami yang penyayang selain turut menghargai bakat yang dimiliki Ain.
Contoh suami yang memang nak gembirakan bini. Bonus dapat bini yang sangat menghargai.
Dalam kelakar-kelakar, masuk air tapi dia ada bakat yang tersembunyi. Hebat ni, boleh la ‘goreng’ satu lagu untuk Amirul tidur malam.
Mempunyai hobi yang disokong suami itu adalah bahagia yang tidak boleh dinilai dengan apa pun.
Dalam masa yang sama, komen Amirul turut menyorot perhatian warganet.
You’re welcome, lepas ni boleh la buskers depan rumah petang-petang, dapat cover modal.
Sekadar info, Ain mendirikan rumah tangga dengan Amirul yang merupakan ahli perniagaan pada 13 Disember 2019 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Soraya yang kini berusia empat tahun.
Sumber: IG Ain Edruce