![[VIDEO] Hadie Mohon Maaf, Minta Netizen Henti Kecam Ina Naim – ‘Ibu Buat Semua Itu Sebab Saya’](https://asset.ohbulan.com/2025/09/ina-niam-hadie-223.jpg)
Anak sulung kepada penyanyi Ina Naim iaitu Hadie memberikan respon selepas ibunya dihujani dengan kecaman warganet berikutan persembahannya di program Talk To My Manager minggu lalu.
Artikel Berkaitan: Anak Arwah Suhaimi Saad Nak Sambung Legasi Bapa – ‘Dalam Nyanyian Boleh Selit Dakwah’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak Dendang Semula Lagu Popular Arwah Suhaimi Saad, Netizen Sebak Dengar – ‘Suara Sama Macam Ayahnya’
Lindungi anak
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Hadie atau nama lengkapnya Ehmad Hadie Elhardie, memohon maaf di atas tindakan ibunya pada malam persembahan tersebut.
Saya minta maaf kerana tak menjaga ibu saya ketika itu, patutnya saya kena betul-betul ‘kunci’, ibu saya.
Tindakan itu sebenarnya salah satu cara untuk dia elak menangis dan tenangkan diri dia. Cara ibu, dia kena senyum dan banyak bercakap untuk tahan sebak.
Menurut Hadie, tindakan Ina hanyalah untuk mempertahankan dirinya agar tidak terlalu terkesan dengan komen juri.
Mak siapa yang nak orang bagi kata-kata pedas pada anak dia? Seorang mak, kasih sayangnya lain dekat anak sulung, sebab anak sulung antara orang yang paling lama hidup dekat dengan dia.
Anak mana yang nak biarkan mak dia kena kecam? Mak kita seorang sahaja, dialah wanita sejati, yang paling dipercayai dan syurga kita.
Jangan kecam

Justeru, Hadie memohon agar warganet menghentikan kecaman terhadap ibunya kerana gusar ia dapat memberi impak negatif.
Kepada netizen, janganlah kecam dia lagi..penat dia. Macam-macam usaha yang dia buat, dia buat semua itu sebab saya bukan sebab dia nak nama atau nak ‘bantai’ juri.
Cukup-cukuplah komen negatif, ibu selalu baca. Takut dia lemah semangat dan saya pun jadi tak tentu arah..saya dekat sini pun sebab ibu.
Ada yang komen positif pada saya tetapi dalam masa yang sama dia burukan ibu pula. Rasanya saya akan makin semangat atau makin panas?
Terdahulu, Ina didakwa bersikap terlalu defensif terhadap Hadie berikutan tindakannya membidas komen dan teguran daripada juri selepas anaknya itu melakukan persembahan di program berkenaan.
Sumber: TikTok






![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)
