Pelakon kontroversi Hafidz Roshdi mendedahkan dia dan isteri, Athira Yuhada sudah berkenalan sejak tahun 2009.
Artikel Berkaitan: ‘Dia First Love Saya, Moga Pernikahan Ini Kekal Hingga Akhir Hayat’ – Hafidz Roshdi
Artikel Berkaitan: Hafidz Roshdi & Athira Yuhada Sah Bergelar Suami Isteri – ‘Alhamdulillah’
Throwback momen
Menerusi hantaran di Instagram, Hafidz berkata dia tidak menyangka apabila tempoh perkenalan mereka berdua kini memasuki 14 tahun.
Kami berdua mula berkenalan pada 2009. Masa saya tingkatan 3. Sekejap je masa berlalu.
Sekarang sudah masuk tahun 2023, 14 tahun kami kenal.
Dalam hantaran sama, Hafidz turut memuat video pendek memperlihatkan beberapa momen dia dan isteri meluang masa bersama sewaktu mereka di bangku sekolah.
Antara momen yang dikongsikan, mereka dilihat menghadiri majlis perkahwinan bersama, menikmati ais krim, melakukan aktiviti di sekolah dan lain-lain.
Jumaat lalu, Hafidz menamatkan teka teki apabila dia mengumumkan sudah bernikah dengan wanita pilihan, Athira Yuhada.
Menurut Hafidz, Athira merupakan cinta pertamanya dan berdoa hubungan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat.
Untuk rekod, Hafidz pernah mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016, namun disahkan bercerai pada 27 Julai lalu.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar berusia 3 tahun.
Video
View this post on Instagram