Perkongsian terbaharu bekas pelakon, Hairul Azreen di TikTok telah menyorot perhatian netizen.
Artikel Berkaitan: Hairul Azreen Syukur Dipilih Sebagai Pemain Profesional Selangor Red Giants Esports – ‘Saya Sebagai Mid Lane Player’
‘Join’ kurus asas ‘bodyguard’
@hairul_azreen88 Saya join kursus asas #Bodyguard dgn tuan @Bodyguard Training Specialist ? original sound – Hairul Azreen
Menerusi hantaran yang dibuat, Hairul atau nama sebenarnya Hairul Azreen Idris dilihat sedang melakukan aksi lasak ‘J-Turn’ dengan menggunakan kereta jenis Proton Waja.
Dapat dilihat, pelakon filem ‘Paskal’ ini berjaya melakukan aksi merbahaya tersebut dengan hanya sekali percubaan sahaja.
Bapa kepada dua orang anak ini kemudiannya bersorak kegembiraan bersama tenaga pengajarnya yang dikenali sebagai Tuan Misran.
Perkongsian tersebut kemudiannya tular dan meraih lebih 250,000 tontonan dan lebih 13,000 tanda suka.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terpegun melihat kebolehan Hairul dan beranggapan bekas pelakon berusia 37 tahun ini sebagai serba boleh.
Pada Ogos 2023 lalu, Hairul menerusi temu bual bersama sebuah stesen radio mengumumkan untuk meninggalkan dunia lakonan selepas berasakan sudah puas dengan apa yang dikecapinya dalam bidang lakonan.
Sumber: TikTok