Usahawan tudung terkenal, Puan Haliza Maysuri kini sedang mengerjakan ibadah umrah bersama suami tercinta.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jutawan Tudung, Haliza Maysuri Tak Kisah Belanja Duit Tempah Busana Harga RM250,000 & Dihiasi 83,900 Butir Kristal Swarovski
Bayar zakat RM785, 636
Terbaharu, Haliza tampil memuat naik video dirinya di sebuah restoran mewah di Makkah sambil membalas tulisan komen daripada seorang netizen.
Best jadi orang kaya, boleh makan sedap-sedap dan mahal-mahal.
Menjawab kepada komen tersebut, Haliza memaklumkan bahawa setiap orang Islam itu perlu berusaha bersungguh-sungguh sehingga menjadi kaya supaya dapat membantu orang yang memerlukan.
Apabila seseorang itu berupaya membantu orang yang memerlukan, nescaya mereka akan memperoleh balasan daripada Allah SWT.
Sebab itu Islam harus kaya dan orang Islam kena berusaha sampai jadi kaya.
Tengoklah balasan Allah di dunia dibayar secara tunai, di akhirat hanya menuai, insyaa-Allah.
Dalam pada itu, Haliza mendedahkan dia juga sudah menunaikan tuntutan zakat sebanyak RM785, 636 sebelum dirinya berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah.
Sebelum umrah saya bayar zakat RM785, 636 dan semuanya untuk insan yang kurang mampu.
Inilah hadiah yang saya dapat sepanjang berada di Makkah.
Dapat makan mewah dan sedap sebab dah kenyangkan para asnaf.
Video
@halizamaysuri Replying to @nurAlia Sbb itu Islam Harus KAYA Org Islam kena berusaha sampai jadi KAYA Tengoklah balasan Allah didunia dah bayar tunai akhirat nanti hanya menuai InysaAllah @zakatselangor ? original sound – Haliza Maysuri
Sumber: TikTok Haliza Maysuri