berita

[VIDEO] Hampir Bertembung Dengan Dulang Berisi Bekas Makanan, Siti Nurhaliza ‘Cool’ Teruskan Persembahan

August 8th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berdepan insiden cemas sebelum membuat persembahan ‘Konsert Queen Of The Night’ yang diadakan di ibu kota, pada Sabtu.

Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Peruntukan Sebulan RM10,000 Untuk Sekolah Afwa & Aafiyah Di Gaza

Hampir bertembung

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Siti memberitahu dia hampir ‘berlanggar’ dengan pramusaji yang sedang membawa dulang berisi bekas hidangan.

Biarpun saling terkejut, Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin menarik nafas lega apabila semuanya berjalan dengan lancar.

Kejadian sebelum masuk dewan. Terperanjat adik. Saya pun rasa adik pramusaji itu terperanjat tengok saya. Tetapi Alhamdullillah, tiada apa-apa berlaku.

Pinggan tak pecah dan saya buat persembahan macam biasa. Nasib baik saya tak melatah, kalau tak dah keluar silat pulut saya tau!

Tetap tenang

Perkongsian rakaman video itu menarik perhatian rakan artis dan peminat untuk memberi reaksi. Antaranya adalah Nabila Razali, Nadia Brian, Dayah Bakar, Radin dan Nadya Syahera.

Selain itu, wargamaya turut memuji pelantun lagu Anta Permana yang kekal tenang dan bersikap profesional ketika berdepan dengan keadaan tidak diduga itu.

Sumber: Instagram @ctdk

SKIP THIS AD ×