berita

[VIDEO] ‘Hanya Dapat ‘Untung’ RM15, Modal Pun Tak Lepas’ – Kegigihan Bapa Cari Rezeki Undang Sebak

October 5th, 2020 | by Arini Saleh
Video Popular

Meskipun sudah berusia 68 tahun, kegigihan seorang warga emas menjual kuih muih dan pisang goreng di gerai miliknya mencuri perhatian ramai. Difahamkan, pakcik Zakaria mula meniaga di gerai tersebut sejak 2015.

Menerusi video yang dimuat naik Azfar Badrul, pakcik Zakaria secara jujur memberitahu untung niaga tidak banyak dan pernah mendapat sebanyak RM15 sahaja.

Hanya dapat RM15, modal pun tak lepas

Mendapat lebih 150k tontonan, pengorbanan yang ditunjukkan pakcik Zakaria benar-benar menyentuh perasaan orang ramai. Selain mencari rezeki untuk meneruskan hidup, pakcik Zakaria juga perlu menanggung seorang anak yang kini sedang menyambung pengajian di universiti.

Apa yang menyedihkan apabila pakcik Zakaria mendedahkan untung harian adalah tidak tinggi dan bekalan pisang bergantung kepada pasaran semasa. Malah, permintaan pisang goreng juga kurang menjelang jam 5 petang.

Seperti yang biasa dilakukan, Youtuber Azfar Badrul akan menghabiskan jualan pada hari tersebut dengan memberi makanan secara percuma kepada pelanggan yang hadir.

Namun, saat menerima ‘bayaran’, pakcik Zakaria dilihat terkejut dan hampir menitiskan air mata kerana terlalu sedih. Ini kerana jumlah diterima adalah sangat besar berbanding jualannya pada hari itu.

‘Jatuh air mata jantan’

Sumber: Azfar Badrul

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×