berita

[VIDEO] Hanya Makan Nasi Dengan Garam, Pekerja Bangladesh Berjaya Kumpul RM800K, Siap Beli Rumah & Tanah!

December 1st, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Tak dinafikan, dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, ramai yang sanggup mengikat perut semata-mata mahu menyimpan wang untuk menampung keperluan keluarga serta sebagai kegunaan masa hadapan.

Baru-baru ini, tular satu kisah seorag pekerja asing dari Bangladesh yang hanya menjamu selera berlaukkan bawang, cili dan garam sahaja.

Makan nasi dengan garam

Menerusi video yang dikongsikan oleh Awe (PokChek96) di TikTok, pekerja asing dari Bangladesh mendakwa tidak kisah menjamu selera dengan bersederhana tanpa lauk-pauk kerana mahu berjimat-cermat untuk membolehkan dirinya menyimpan wang buat keluarga.

Difahamkan, lelaki ini telah menyimpan wang sebanyak RM800,000 sepanjang 19 tahun bekerja di Malaysia malah dia juga sudah berjaya membeli sebuah rumah dan memiliki tanah sendiri di negara asalnya. Bercerita dengan lebih lanjut, dia memberitahu menerima pendapatan sebanyak RM5,500 setiap bulan dan hanya membelanjakan RM300 sahaja untuk keperluan diri seperti makanan.

Gaji RM5.5k, hantar kampung RM5.2k. Dah 19 tahun dekat Malaysia. Lebih dari RM800l dia hantar kampung.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji dan meluahkan rasa kagum dengan kegigihan lelaki ini menyimpan wang untuk keluarga meskipun dia terpaksa berkorban daripada menikmati kehidupan yang mewah. Bukan itu sahaja, mereka berpendapat salah satu sebab Bhai mampu mengumpul wang sebanyak itu adalah kerana pekerja asing di Malaysia diberikan banyak faedah oleh majikan termasuk tempat tinggal.

Video

Komen

Sumber: TikTok PokChek96

SKIP THIS AD ×