Foto: Tangkap layar video
Seorang wanita dikenali sebagai Kim Hanna menerusi beberapa buah video yang dimuat naik di laman TikTok, tampil berkongsi kisah meruntun hati apabila disahkan menghidap Covid-19 tahap lima dan kehilangan anak yang berada dalam kandungannya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tak Sempat Nak Susukan Lagi, Ketiga-Tiga Anak ‘Pergi’ Dalam Dakapan…
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Janji Nak Balik, Tak Sempat Jamah Rendang Kesukaan, Warga Emas Sayu Anak Meninggal Akibat Covid-19
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Van Bawa Jenazah Covid-19 Lalu Rumah Ahli Keluarga Undang Sebak, Penghormatan Terakhir Buat Keluarga
Kisah bermula apabila suaminya mula menunjukkan simptom sebelum disahkan positif Covid-19 dan menjangkiti ahli keluarganya yang lain. Susulan simptom yang ditunjukkan, suami kepada wanita ini mengambil keputusan untuk melakukan ujian calit bagi mendapatkan kepastian.
Tak sempat tengok anak sendiri
Foto: Tangkap layar video
Wanita cekal ini menceritakan pengalamannya ‘ditidurkan’ dalam rawatan intubasi berikutan paras oksigen yang tidak memberangsangkan. Apa yang lebih meruntun hati lagi, apabila anak yang dikandung berusia 22 minggu terpaksa ‘dikeluarkan’ menerusi kaedah czer (pembedahan) dan meninggal dunia tanpa sempat mendapat belaian seorang ibu. Proses tersebut berlangsung ketika wanita ini sedang ‘ditidurkan’.
Hati bagai diruntun apabila tahu anak yang dikandung telah tiada. Gara-gara Covid-19 kita terpisah dunia. Tunggu mama di syurga anakku. Ya saya kena intubated sebab oksigen tak ok and kena czer bersalin anak 22 minggu untuk selamat saya. Anak tak survive sebab pramatang.
Bercerita lebih lanjut, wanita ini menjelaskan anaknya yang dikenali sebagai Muhammad, meninggal dunia selepas empat hari dilahirkan dan dia sama sekali tidak berkesempatan untuk melihat anaknya berikutan masih mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Waktu dah tersedar tu saya dah czer pun. Anak dah keluar cuma anak dekat ICU masa tu dan tak tahu keadaan dia macam mana. Cuma saya tak tahu yang saya dah czer, saya cuma tahu saya dah czer bila nurse tiba-tiba cakap Puan kita nak cuci Puan yer. Kita nak cuci Puan punya luka czer. Masa itu saya macam huh? Luka czer? Aku dah bersalin? Apa jadi dekat anak aku? Kita macam terkejut sebab dah bersalin.
Suami saya juga tak sempat tengok, sebab dia stage empat masih dekat wad. So kami berdua tak sempat tengok, hanya sempat tengok gambar yang adik saya ambil. Kami pun tak sempat lagi nak melawat kubur. Saya memang rindu, sebab tak dapat pegang, tak dapat beri susu.
‘Tak sedar apa-apa’
Foto: Tangkap layar video
Ujar wanita ini lagi, dia telah ‘ditidurkan’ selama lima hari sebelum bangun seperti biasa. Wanita ini juga sempat menceritakan sebelum ‘ditidurkan’, doktor memintanya untuk menghubungi keluarga dan suami namun, suaminya ketika itu sama sekali tidak menjawab panggilan tersebut berikutan masih menjalani rawatan.
So saya tak tahu apa yang terjadi kepada saya so pada satu hari saya terjaga dan tengok keadaan sekeliling eh aku dekat mana. Lepas tu saya rasa terlelap balik, lepas itu saya terjaga balik dalam dua tiga kali. Saya macam berfikir aku dekat mana, apa yang terjadi dekat aku, kenapa aku dekat sini? Sehinggalah saya betul-betul sedar dan bila sedar tu memang tak ingat apa-apa cuba ingatkan macam mana aku berada dekat sini.
Masa tu saya dah mamai, saya tak boleh fikir apa. Saya cuma fikir doktor buat yang terbaik untuk selamatkan saya, tapi masa itu saya tak fikir benda itu akan effect pada saya punya kandungan. Saya cuma cakap aku kena bangun untuk anak-anak aku yang ada.
Video penuh:
@kimhannaa88Pengalaman di ICU ##covidfighter? bunyi asal – Kim Hanna
@kimhannaa88Hati bagai diruntun bila tahu anak yang dikandung telah tiada. Maafkan baby Muhammad. Gara-gara kobid kita terpisah dunia. Tunggu mama disyurga anakku? Syukur Alhamdulillah – Wafiq Azizah
@kimhannaa88Balas kepada @ameena1106 saya redha. Baby muhammad dah bahagia disana.? bunyi asal – Kim Hanna
Sempat mimpi!
@kimhannaa88Balas kepada @nanyqish_hq aku tak tahu kenapa mimpi aku macam alice in wonderland ?? bunyi asal – Kim Hanna
Sumber: Kim Hanna