Sekadar gambar hiasan
Akhir-akhir ini, kematian berikutan wabak Covid-19 semakin bertambah dan sehingga semalam, negara mencatatkan sebanyak 5,497 kes kematian. Jika dilihat menerusi angka tersebut, ia merupakan satu angka yang agak besar dan secara tidak langsung membimbangkan pelbagai pihak.
Momen sebak
Foto: Tangkap layar video
Seperti video tular di media sosial dan meraih perhatian ramai menceritakan mengenai seorang jenazah yang tidak dibenarkan untuk dibawa pulang ke rumah berikutan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. Difahamkan, van jenazah itu membawa mayat seorang wanita berusia 86 tahun yang meninggal pada Jumaat yang lalu.
Menerusi video berdurasi satu minit itu, memaparkan van jenazah yang dibawa dengan ‘perlahan’ melalui rumah ahli keluarganya. Pada masa yang sama, turut kedengaran audio pesanan yang meminta maaf kepada ahli keluarga susulan jenazah akan dihantar terus ke kubur. Kejadian tersebut berlaku di Kampung Janda Baik, Pahang.
Assalamualaikum semua, minta maaf ya puan tak dapat singgah, tak dapat singgah mintak maaf semua. Minta bersabar ya semua, kita hantar terus ke tempat terakhir. Minta maaf ya, kita bawak wife ke kubur terus jangan lupa sedekahkan Al-Fatihah.
Video penuh
Jenazah tidak dibenarkan dibawa ke rumah kerana SOP ketat kes kematian berkaitan COVID-19.
Namun kenderaan jenazah diperlahankan bagi memberi peluang keluarga memberikan penghormatan terakhir.
Kredit Video : Orang Awam pic.twitter.com/SOLtYARGso
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) July 4, 2021
Al-Fatihah
Sumber: Mohd Redzuan Abdul Manap