Foto: Tangkap layar video
Sejak kebelakangan ini, kematian disebabkan wabak Covid-19 semakin bertambah dan mengikut statistik terkini, seramai 9,024 rakyat Malaysia telah terkorban. Angka tersebut secara tidak langsung merisaukan pelbagai pihak.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Van Bawa Jenazah Covid-19 Lalu Rumah Ahli Keluarga Undang Sebak, Penghormatan Terakhir Buat Keluarga
Seperti video dikongsi seorang lelaki dikenali sebagai Ahmad Fadzli di laman TikTok, tampil menceritakan sudah kehilangan ahli keluarganya akibat dijangkiti virus Covid-19.
Meninggal dunia akibat Covid-19
Foto: Tangkap layar video
Menerusi video pendek itu, memaparkan seorang warga emas yang menahan sebak dan cuba ditenangkan oleh beberapa orang yang berada di tempat kejadian. Apa yang lebih menyedihkan, apabila melihat van jenazah bersama kereta peronda pihak polis yang dibawa dengan ‘perlahan’ melalui ahli keluarganya. Difahamkan, arwah yang dikenali sebagai Abdul Aziz bin Bulat meninggal dunia pada 31 Julai yang lalu.
Berbicara lebih lanjut, pemilik video ini menjelaskan ahli keluarganya yang lain sama sekali tidak berpeluang untuk menatap wajah arwah buat kali terakhir. Bukan itu sahaja, arwah juga dikatakan sudah berjanji kepada ibunya untuk pulang seperti biasa namun, ajal telah menjemputnya terlebih dahulu.
Arwah tak sempat ditidurkan. Kami tak sempat video call untuk lihat wajah terakhir beliau. Nenek saya sedih sangat sebab arwah janji nak balik. Tapi dia balik dalam keadaan macam ini. Rendang untuk arwah ada lagi nenek saya simpan.
Video penuh:
@angahhbo31 julai 2021..tenanglah abdul aziz bin bulat..covid is real..#covid19 #xyzbca #fyp #fyp?? original sound – SAS
Salam takziah
Sumber: Ahmad Fadzli