Pelakon dan pengacara Janna Nick dilihat melakukan kejutan buat suaminya Dini Schatzmann sempena ulang tahun kelahiran yang ke-30.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Geli Hati Lihat Gelagat Dini Schatzmann, Merajuk Gara-Gara Janna Nick Larang Buat Rawatan Lentikan Bulu Mata
Artikel Berkaitan: Drama ‘Pinjaman Syurga’ Angkat Kisah Pengorbanan Seorang Ibu Menjaga Anak Istimewa
Happy birthday
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Janna dan Dini kelihatan sedang berada di Tanah Suci. Mereka berdua sedang menghafal surah Al Mulk. Apabila tiba giliran Dini untuk menghafal, pelantun suara ‘Mungkin Saja’ ini terus mengambil kek untuk diberi sebagai kejutan.
Ternyata kejutan yang dilakukan oleh Janna berjaya membuat Dini terkejut.
Menjengah di ruangan kapsyen, Janna mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran yang ke-30 buat suaminya. Lebih mencuri tumpuan, Janna turut berdoa agar mereka dikurniakan rezeki zuriat tahun depan.
Happy Birthday Dini. Masih lagi berdua tahun ni. Hopefully tahun depan kita bertiga. Thanks for bearing with me through all the chaos. I hope you enjoy a day off from pujuk/tolerating me!
Alhamdulillah for you and all the happiness you bring into my life. Thank you sebab selalu mengalah . I pray that Allah continues to bless you with kesabaran yang tinggi, good health, rezeki yang melimpah, bahagia di dunia dan akhirat. Baby love you!
Video
View this post on Instagram
Sumber: Janna Nick