Pendakwah bebas Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary tampil menegur aktres Fazura susulan tindakannya yang didakwa membuka aib bekas suami yang juga aktor, Fattah Amin.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fattah Amin Tahu Rahsia Fazura, Enggan Buka Aib Bekas Isteri – ‘Saya Dah Setuju Tak Failkan Nusyuz’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Kongsi Hadis Nabi Muhammad SAW – ‘Isteri Minta Cerai Tanpa Ada Kesalahan Suami, Haram Masuk Syurga’
Haram di sisi Islam
@ustazmekah Fazura harus bertaubat #fyp
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Ustaz Abu Syafiq menjelaskan tentang hukum tindakan tersebut yang dilihat seolah-olah menjadi satu trend dalam kalangan pasangan yang bercerai di negara ini.
Dalam masa yang sama, Ustaz Abu Syafiq juga mahu aktres berusia 41 tahun itu bertaubat di atas kekhilafan yang telah dilakukannya.
Haram tradisi memburukkan pasangan setelah bercerai.
Berlaku sekarang ini isu di Malaysia perceraian antara suami dan isteri, artis atau yang lainnya..kemudian menceritakan keburukkan pasangan masing-masing.
Mengulas lanjut, Ustaz Abu Syafiq turut berkongsi hadis Rasulullah SAW berkenaan perihal memburukkan pasangan.
Di dalam Islam hukumnya adalah haram kerana Nabi Muhammad SAW bersabda di dalam hadis riwayat Imam Muslim:
‘Di antara seburuk-buruk manusia adalah menceritakan keburukkan pasangannya.’
Jangan dedahkan
Walau bagaimanapun, tindakan tersebut boleh dilakukan namun hanya kepada individu-individu tertentu.
Para ulama bersepakat bahawa perbuatan ini iaitu menceritakan keburukkan tersebut hanyalah kepada kadi atau orang-orang tertentu. Tetapi bukanlah dicanang kepada umum.
Apa yang berlaku adalah satu perkara yang tidak perlu kita ikut sama sekali. Ianya haram dan jangan jadikan ianya kebiasaan. Dari segi undang-undang di negara kita juga, saya rasa ada hukum.
Terdahulu, Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd Amin memaklumkan, dia dan Fazura telah pun berjanji untuk tidak membuka aib berhubung rumah tangga mereka seperti dipersetujui di mahkamah.
Bagaimanapun, Fattah berasa kecewa selepas bekas isterinya memberikan kenyataan tentang punca perceraian mereka.
Terdahulu, Fattah dan Fazura disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada Isnin. Lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh kira-kira jam 9.45pagi.
Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.
Sumber: TikTok Ustaz Mekah