Sebelum ini, bekas tunang kepada Zarina Anjoulie iaitu Datuk Seri Khazrul Elzey menyatakan dia sudah membantu pelakon itu membina pagar rumah yang berjumlah RM100,000.
Artikel Berkaitan: Bekas Tunang Nasihat Zarina Anjoulie Untuk Tidak Meroyan Lagi – ‘Solat, Sebut Nama Allah, Zikir & Selawat’
Artikel Berkaitan: ‘Aku Bukan Biawak Hidup, Aku Ada Hutang Kau Ke? Aku Bantu Kau Bina Pagar Rumah RM100k’ – Khazrul Elzey
Jasa dia tetap dikenang
@imyoursbestie Bagus anju ni wlupon dh putus tp die tetap appriciate n tak lupa jasa ex dia… Kesian pulak kt anju ni.. Xpelah anju, ramai lagi yg beratur tu nk kt anju ? #anju #zarinaanjoulie #puteranordanish #puteranordanish #anjoulielavocah1 #fyp @Zarina anjoulie ? Sial – Mahalini
Tampil menjelaskan di TikTok, Zarina atau lebih mesra disapa Anju berkata Khazrul hanya membayar sebanyak RM30,000 bukan seperti yang dihebohkan.
Namun, aktres berumur 35 tahun itu tetap bersyukur dengan pertolongan yang sudah dihulurkan oleh Khazrul.
Betul, pagar tu wujud. Kos pagar yang berjumlah RM100,000. Tapi harga yang dibayar oleh bekas tunang saya hanya RM30,000.
Tapi apa-apa pun saya tetap bersyukur. Terima kasih dekat bekas tunang saya. Tak kisah dia bayar RM30,000, RM10,000, RM5,000 ke, tetap jasa dia saya kenang.
Walaupun kalau dia tak belanja saya pagar itu, dia belanja saya makan minum, dia belanja yang lain pun saya tetap berterima kasih.
Saya ini kalau orang belanja nasi lemak sebungkus pun saya kenang, saya berterima kasih.
Nak move on
Dalam pada itu, pemilik nama Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul memberitahu dia dan bekas tunang sudah berbaik sebagai kawan.
Terima kasih Abot (Elzey). Tak kisah berapa dia dah habiskan, saya tetap hargai sebab itu saya tak panjangkan pergaduhan ini sebab saya hargai apa yang dia dah buat.
Apa-apa pun kita dah berbaik. Saya dengan dia pun dah happy sebab kita dah berbaik sebagai kawan. Kita tetap putus tunang tapi berbaik sebagai kawan sebab kami berdua nak move on.
Sumber: TikTok