Tular sebuah video memaparkan jenama pakaian, Hijabistahub menghadiahkan seutas jam tangan kepada para pekerja sebagai penghargaan atas sumbangan dan komitmen yang diberikan sepanjang perkhidmatan mereka.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pengasas Hijabistahub Beli Kereta Untuk PA Baharu, ‘Swipe’ Kad Bank Bayar Hampir RM150,000

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Khairul Aming Tak Kisah Perhabis RM300k Bawa Staf Pergi Bercuti – ‘Kalau Termasuk Kos Production Cecah RM1 Juta’

Hadiahkan jam tangan

@wanieelena

Behind every HijabistaHub piece is a team that gives their all. Today, we celebrate our pillars, the people who stand beside us, support us, and turn vision into reality. Thank you for believing in HijabistaHub, for growing with us, and for every effort poured into this journey. HijabistaHub is what it is today because of you 🤍 Forever grateful, always 🥹

♬ the winner is – afterlives

Menerusi video yang dimuat naik, ia memaparkan pemilik jenama itu, Nur Alwani Norazman bersama suaminya, Ahmad Syafiq Hilmi Zulkefly melakukan perjumpaan bersama para pekerja mereka.

Ketika perjumpaan itu, Alwani atau mesra disapa Wanie membuat kejutan dengan menyembunyikan hadiah tersebut sebelum memberikannya kepada para pekerja.

Perkongsian itu kemudiannya menyorot perhatian ramai yang kebanyakan memuji tindakan pengasas Hijabistahub itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata berharap para majikan boleh menjadikan Wanie dan Ahmad Syafiq sebagai contoh yang baik.

Komen netizen

Sumber: TikTok