Di aplikasi TikTok seorang isteri yang dikenali sebagai Attyrasaari berkongsi beberapa video menyambut hari jadi suami tercinta. Namun, disebalik video tersebut dia menceritakan ‘kesusahan’ dan ‘penderitaan’ yang pernah mereka alami sebelum ini. Apa yang lebih menakjubkan, apabila si isteri menghadiahkan sejambak bunga yang diselit duit RM100.
Bunga harga RM37k!
Menerusi video yang pertama, dia mengucapkan ribuan terima kasih kepada suaminya atas pengorbanan yang dilakukan selama ini. Jelasnya lagi, semua pengorbanan suaminya tidak mampu dibalas dengan wang ringgit. Sebagai hadiah hari jadi, si isteri menghadiahkan sejambak bunga yang bernilai RM37k kepada suaminya. Perkara tersebut diceritakan oleh individu yang bertanggungjawab mengubah bunga tersebut. Tambahan pula, individu tersebut mula mengubah bunga buat pasangan ini sejak 2018 dan ini merupakan gubahan bunga keempat dihasilkan olehnya.
Terima kasih menjadi tulang bekalang dalam hidupku, terima kasih menjadi semangat untuk aku terus maju dan melangkah jauh lagi. Terima kasih sanggup berhenti kerja lima tahun yang lalu demi menjaga isterimu ini yang sakit, walau masa tu kita sendiri tak tahu nak makan apa selepas itu, walaupun masa itu semua orang marah atas keputusanmu yang mengejut untuk berhenti kerja.
Tapi, tanpa kesusahan dahulu, kita tak akan berada di mana kita berada sekarang, Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah kurniakan. Semoga syurga buatmu wahai suami. I love you so much
Dulu hidup berteman air mata
Jelas wanita itu lagi, sebelum berkenalan dengan suaminya, hidupnya agak ‘suram’ dan tidak mengerti apa itu erti ‘bahagia’. Namun, semua kegusaran itu berubah setelah berkenalan dengan suaminya.
Semoga kita kekal sampai syurga, Selamat hari lahir suamiku.
Video sambutan hari jadi
Sambutan hari jadi suaminya meriah disambut di sebuah restoran bersama ahli keluarga yang terdekat. Paling best, si suami siap dapat bouquet gergasi penuh dengan duit. Menerusi perkongsian tersebut di TikTok, ia menarik perhatian dan rata-rata warganet mendoakan supaya pasangan itu berkekalan sehingga ke hujung nyawa.
Sumber: Attyrasaari