berita

[VIDEO] Hari-Hari Datang Office Anak Nak Lunch Bersama..

November 17th, 2021 | by Iman
Kini Trending

Seorang ayah mungkin jarang menunjukkan kasih sayang terhadap anak-anaknya berbanding ibu. Namun, kasih sayang ayah dapat dilihat melalui perbuatannya yang sentiasa menginginkan dan memberika yang terbaik untuk anak-anak sejak mereka kecil lagi. Mereka tidak pandai menyusun ayat mahupun meyakinkan sayang mereka melalui kata-kata melainkan dengan menunjuknya melalui perbuatan.

Setiap hari tunggu

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok oleh seorang wanita dikenali sebagai Wahida, dia berkongsi kisah ayahnya yang tidak akan pernah jemu datang ke tempat kerjanya setiap hari untuk mengajak makan tengah hari bersama.

Hari hari tanpa jemu abah tunggu kat office nak lunch bersama

Bertambah sebak, ayahnya akan menunggu di tangga sementara si anak keluar dari pejabat. Video yang berdurasi selama 26 saat itu telah meraih lebih 844 ribu tontonan dan mendapat lebih 125 ribu tanda suka. Menerusi video terbaru yang dimuat naik, rakan pejabat yang lain turut menemani mereka makan bersama.

Video penuh:

@triplea201911hari2 tanpa jemu abah tunggu kat office nak lunch skali??? Beta Janji Beta Jaga (Janji Putih) [Short Ver] – Arvian Dwi

@triplea201911

harini mendung…ingat abah xmai..tengok2 mai jugak?…elok balik ujan,harap2 sempat sampai umah…terima kasih sahabat belanja semua makan harini..

? original sound – Wahida

 

Hargai kasih sayang ayah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan kesejahteraan ayahnya serta mengingatkan pengorbanan seorang ayah terhadap anaknya tiada tandingan. Malah ada juga di antara mereka yang berasa terharu dan sedih kerana sudah tidak dapat merasai kasih sayang seorang ayah.

Sumber: Wahida

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×