Pernah viral di Tiktok beberapa kali ketika berkongsi momen ‘sweet‘ bersama suami tercinta, siapa sangka jodoh wanita ini berakhir sekelip mata.
Lebih mencuri tumpuan, pasangan suami isteri ini berpisah dengan cara yang baik tanpa mencetuskan sebarang onar di media sosial.
Pilih pergi cara baik
Menerusi perkongsian video daripada hvsnani, wanita ini memberitahu bahawa 3 April yang lalu merupakan hari terakhir dia dan suami hidup sebagai suami isteri. Tambah wanita berkenaan, mereka memilih untuk berpisah dengan cara yang baik tanpa bermusuhan. Bukan itu sahaja, segala urusan dan proses mahkamah juga dipermudahkan pada hari kejadian.
Selama tiga tahun 10 bulan hidup bersama, momen terakhir pasangan suami isteri ini berjaya membuatkan netizen mengalirkan air mata. Mana taknya, mereka sempat merakam momen ‘sweet‘ di dalam kereta buat kali terakhir.
Video
@hvsnani 3 April 2023 Hari terakhir kami & kami pilih untuk pergi cara baik tanpa bermusuh. Semuanya jalan dgn mudah. Proses dalam court pun mudah sangat. Semoga lepasni Allah hadirkan pelangi untuk kita berdua. Semoga berjaya dalam hidup. Jadi manusia berguna. Lepasni dekat luar sana tu kalau ada problem jangan libatkan i lagi ok! Urusan i dengan dia dah settle. Terima kasih datang & tak gantung semua ni dah ? #fyp #takdir
Menjengah di posting yang lain, difahamkan rumah tangga pasangan ini sudah bergolak agak lama. Mereka berdua sudah cuba untuk memperbaiki keadaan, namun pasti hanya mereka sahaja yang tahu keputusan terbaik.
Sumber: Hvsnani