Mahligai rumah tangga selebriti popular, Neelofa dan suaminya, Pencetus Ummah (PU) Riz atau Haris Ismail sentiasa mencuri perhatian di media sosial.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Haris Nak Pen, Neelofa Sanggup Naik Ke Tingkat Tiga’ – Noor Kartini
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Neelofa Akui Susah Untuk Kekal Istiqamah, Kena Guna Cara Paksaan
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Neelofa Menangis Dapat Tengok Helaian Rambut Milik Rasullullah
Sangat terpesona
@lofa.world ??? #Neelofa #HarisIsmail #FYP #fyp? ? original sound – lofa.world
Menerusi video di TikTok @lofa.world, Neelofa dan Haris sedang duduk bertentangan di sebuah meja makan. Dalam rakaman itu, Haris, 27, memaparkan sisi ‘sweet’ dan kelakar yang jarang dipertonton kepada umum.
Pemilik nama Muhammad Haris Mohd Ismail menyuruh Neelofa untuk pusing ke belakang mengadap diri sendiri di cermin.
Eh Ya Allah! Jangan tengok, jangan tengok. Kalau nak tengok boleh tengok slow-slow. Sebab sangat terpesonakan kita. Kalau kita tengok benda itu.
Selepas faham dengan maksud terpesona, Neelofa tertawa manis malah sempat ‘posing’ di depan cermin itu.
Pandai buat isteri tersenyum
Di ruangan komen, rata-rata peminat menyatakan ‘pickup lines’ yang diberikan pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa sangat menjadi sehinggakan tersenyum sendiri.
Selain itu, ada pengikut yang suka melihat diri Haris yang makin romantik selepas berkahwin.
Sekadar info, Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021. Pasangan itu selamat menimang cahaya mata pertama yang diberi nama Muhammad Bilal pada 29 Januari 2022.
Sumber: TikTok @lofa.world