![[VIDEO] Harissa Adlynn Nafi ‘Perasan’ Di Set Penggambaran, Mahu Pemfitnah Tampil Bersemuka – ‘Jumpa Saya & Minta Maaf’](https://asset.ohbulan.com/2025/08/HarissaAdlynnJawabFitnah1.jpg)
Pelakon meningkat naik, Harissa Adlynn menafikan sekeras-kerasnya dakwaan mengatakan dirinya mudah ‘perasan’ apabila menerima layanan mesra daripada pelakon lelaki sewaktu di set penggambaran.
Artikel Berkaitan: Harissa Adlynn Tak Reka Cerita, Harap Berita Diganggu Pelakon Senior Miang Dijadikan Pengajaran – ‘Ada Pertikai Baju Saya Pakai’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Harissa Adlynn Dedah Pernah Didekati Pelakon Yang Sudah Bercucu – ‘Jika Melampaui Batas Saya Akan Bersuara’
Fitnah yang boleh menjatuhkan!
Ketika ditemui OhBulan!, Harissa atau nama lengkapnya Harissa Adlynn Abdul Halim menyifatkan tuduhan itu sebagai satu fitnah yang boleh memburukkan nama baiknya dalam industri.
Jujurnya, saya sangat terkejut bila dengar tuduhan tidak berasas seperti itu. Sumpah cerita itu tak pernah berlaku dan sememangnya fitnah.
Hubungan saya dengan mana-mana rakan gandingan sentiasa profesional sepanjang berada di lokasi.
Dalam pada itu, pelakon drama ‘Kami Budak Band’ turut menafikan dirinya pernah mengarahkan pihak produksi untuk menegur pelakon lelaki tertentu dari cuba mendekatinya.
Itu semua rekaan. Saya tak pernah minta sesiapa halang atau tegur pelakon lain semata-mata sebab saya rasa tak selesa.
Kalau ada perkara mengganggu, saya akan bincang dulu dengan pengurus dan ibu saya. Bukan terus minta tindakan diambil.
Harissa berkongsi perkara tersebut ketika ditemui sewaktu sesi sidang media drama Kerana Seorang Lelaki yang diadakan di GSC Mytown, Kuala Lumpur pada Rabu.
Mahu pemfitnah datang bersemuka

Bercakap lanjut mengenai isu ini, pelakon berusia 22 tahun berpendapat fitnah seperti ini boleh menggugat rezekinya sebagai seorang pelakon.
Justeru, Harissa berharap agar penyebar cerita palsu tersebut tampil berdepan dengannya dan menyatakan rasa tidak puas hati secara terbuka.
Saya harap individu yang sebarkan cerita ni ada keberanian jumpa saya dan minta maaf.
Kalau betul ada yang tak puas hati, jangan sembunyi belakang nama portal atau media sosial.
Terdahulu, sebuah portal hiburan mendakwa Harissa mudah salah faham selepas menerima layanan baik daripada aktor lelaki sehingga menyebabkan kekecohan di set penggambaran.







![[VIDEO] Keluarga Persoal Kematian Winda Lorenza, Dakwa Ada Kesan Jahitan & Lebam Pada Jenazah](https://asset.ohbulan.com/2026/08/winda-lorenza.jpg)
