Pelawak Harith Iskander dan isteri, Dr Jezamine Lim tiba di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada jam 11.50 pagi bagi prosiding penceraian.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Buat Hal!’ – Harith Iskander Tampil Beri Penjelasan Isu Perceraian, Lebih Selesa Berkawan
Artikel Berkaitan: Akberdin Sahkan Kes Perceraian Harith Iskander & Isteri Ditunda – ‘Kedua-Duanya Memberikan Kerjasama Yang Baik’
Hadir bersama
Pasangan itu bagaimanapun enggan memberi sebarang kenyataan, namun sempat menyapa pengamal media yang hadir.
Sementara itu, peguam yang mewakili pasangan tersebut iaitu Datuk Akberdin Abd Kader berkata pasangan itu akan memberi kenyataan sejurus prosiding selesai.
Semuanya akan diberitahu selepas ini.
Harith yang mengenakan baju kemeja berona biru muda, manakala Jezamine berbaju kurung dilihat tenang berjalan sambil berpimpin tangan.
Terdahulu, Dr Jezamine mengesahkan sudah memfailkan cerai terhadap Harith pada bulan lalu.
Sementara itu, Harith berkata rumah tangga mereka bergolak berpunca daripada kesilapannya sendiri.
Pun begitu, Harith enggan mendedahkan punca terperinci perpisahan mereka.
Untuk rekod, Harith dan Dr Jezamine mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne, 9.
@ohbulanofficial Semoga semua urusan berjalan dengan lancar ?#ohbulan #fyp #news #harithiskander #drjezaminelim #cerai