Pelakon Hariz Hamdan mendedahkan kebaikan yang dilakukan oleh selebriti dan aktivis kemanusiaan iaitu Datin Seri Heliza Helmi terhadap haiwan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Amelia Offer Kami Solat Isyak, Perkara Itu Sangat Menyentuh Hati’

Artikel Berkaitan: Hariz Hamdan Mohon Maaf Isu Nelydia Terpeluk Tangan Dalam ‘Cable Car’ – ‘Dia Gugup & Panik’

Bagi makan kucing

@harizhamdann

Yes betul, waktu kitorang shoot iqbal hariz tertarik dengan satu habit hazwani dan heliza. Kemana2 pergi mesti ada makanan kucing. At first i thought it was cute, but makin lama hariz tengok, i got curious. Now, thank you kepada heliza dan hazwani, sekarang hariz sentiasa bawak makanan kucing everywhere i go. Thank you olso @Bernama TV for the quick session❤️ i rarely share this story but feels like wanna share this to you guys hehe

♬ original sound – Hariz hamdan – Hariz hamdan

Menerusi temu bual bersama sebuah stesen radio tempatan, Hariz berkata, dia melihat Heliza sangat prihatin terhadap kucing-kucing jalanan semasa mereka menjalankan penggambaran sebuah drama di Turkiye.

Pemilik nama Muhammad Hariz Muhammad Hamdan, 23, itu menyifatkan Heliza sebagai seorang yang pemurah kerana sanggup membawa sebuah bagasi berisi makanan khusus untuk kucing jalanan yang berada di sana.

Penggambaran kami di adakan di Turkiye selama dua minggu, Heliza bawa tiga bagasi. Dua bagasi baju dan satu bagasi berisi makanan kucing.

Dia sanggup bayar lebih untuk extra bagasi yang berisi makanan kucing itu untuk dibawa ke sana.

Kalau dekat Kuala Lumpur sekali pun, dekat dalam kereta dia mesti ada makanan kucing. Bila ada kucing jalanan, dia akan bagi makan.

Kongsi rezeki

Terkesan dengan sifat mulia yang ditonjolkan Heliza, pelakon drama Seindah Hujan Cinta itu kini lebih memahami erti berkongsi rezeki.

Rentetan itu, Hariz akan sentiasa menyediakan makanan kucing di dalam keretanya.

Saya pernah tanya dia kenapa sampai beria nak bawa makanan kucing.

Dia kata kepada saya, ‘kalau kita nak murah rezeki, kita kena kongsi rezeki dengan makluk Allah, tak kiralah manusia, haiwan atau tumbuhan. Kalau kita sentiasa memberi rezeki kepada orang, dia akan mendoakan kita.’

Sejak balik dari penggambaran itu, saya sedia makanan kucing di dalam kereta. Jadi satu tabiat baru untuk saya bagi makan dekat kucing jalanan.

Sumber: TikTok Hariz Hamdan