Pelakon Wanna Ali akui sudah setahun mengenali hati budi seseorang dan mempunyai perancangan untuk bawa hubungan ke peringkat seterunya.
Artikel Berkaitan: Wanna Ali Reda Tak Jadi Kahwin Tahun Depan – ‘Saya Okay Bila Bekas Kekasih Cakap Tidak Mahu Saya Aktif Dalam Industri’
Artikel Berkaitan: ‘Anak Saya Orang Baik, Bukan Penyondol’ – Ayu Puteh ‘Back Up’ Wanna Ali, Nafi Tunggang Isu Rumah Tangga Fattah Amin
Ingin lelaki luar industri
Ketika ditemui OhBulan!, Wanna atau nama lengkap Nur Syazwana Mohd Ali mendedahkan lelaki terbabit bukan dalam kalangan industri seni.
Saya lebih prefer pasangan saya tidak berada dalam industri ini.
Pertama sekali, ciri-ciri yang saya suka pada dia sebab dominan.
Sepanjang hidup, saya sentiasa jadi kuat sama ada di rumah mahupun sedang bekerja. Tapi bila dengan dia, saya rasa tenang dan boleh jadi apa saja saya mahu.
Menurut pelakon berusia 27 tahun itu, kedua-dua belah keluarga sudah saling mengenali sekali gus merestui hubungan mereka berdua.
Wanna berkata demikian ketika ditemui di Sri Pentas, Bandar Utama pada Khamis.
Detik pengenalan
@ohbulanofficial Bestkan jadi passenger princess ???#ohbulan #fyp #news #wannaali #sudah #berpunya #suka #peribadi #dominan ? original sound – OHBULAN!
Dalam pada itu, Wanna sempat berkongsi kisah awal pengenalannya bersama kekasih hati.
Dia datang tegur saya dulu.
Tapi masa itu saya tidak kenal dia, jadi saya jual mahal.
Cuma satu hari itu, saya buat keputusan untuk jumpa dia bersama rakan-rakan saya.
Dari awal pertemuan saya dapat rasa hubungan kami macam magnet.