Pengacara terkenal, Hawa Rizwana mengakui tidak terburu-buru dalam mencari teman hidup sebaliknya menyerahkan segalanya kepada ketentuan dan takdir Allah SWT.
Artikel Berkaitan: Hawa Rizwana Hidap Bulimia Sejak Sekolah, Sensitif Isu Berat Badan – ‘Saya Makan & Muntahkan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hawa Rizwana Dedah Pernah Patah Hati Dua Kali, Akui Terlalu Naif – ‘Kecewa Itu Tersangat Sakit”
‘Keluarga tak pernah mendesak bab kahwin’
Ketika ditemui OhBulan!, Hawa atau nama lengkapnya Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, 29, mengakui dia seorang yang suka berkawan namun masih belum bertemu dengan pasangan yang sesuai untuk ke jinjang pelamin.
Saya suka berkawan dengan orang tapi mungkin belum jumpa lelaki yang saya nak habiskan sisa hidup bersama. Saya ada je berkawan, tapi belum sampai ke fasa yang serius.
Walaupun begitu, Hawa berkata, dia tidak tergesa-gesa dalam soal jodoh malah ibu bapanya juga terbuka dan tidak pernah mendesaknya untuk mencari teman hidup.
Keluarga saya sangat terbuka dan menjaga sebab saya seorang je anak perempuan. Tapi Alhamdulillah, mereka sangat protective dan pesan dekat saya supaya jaga batas dan sebagainya. Mereka tak pernah mendesak bab kahwin.
Bagi saya masanya akan tiba tapi tak tahu bila dan dengan siapa. Semoga bertemu dengan jodoh yang bersesuaian dengan saya pada waktu yang terbaik.
Hawa berkata demikian ketika ditemui pada malam konsert Meletop yang berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya, baru-baru ini.
‘Saya nak lelaki yang lagi tinggi dari saya’
@ohbulanofficial Alhamdulillah ??#ohbulan #fyp #news #hawarizwana #tak #buru #cari #jodoh ? original sound – OHBULAN!
Apabila ditanya mengenai ciri-ciri bakal suami, Hawa berkata bapanya, Prof. Dato’ Dr. Ahmad Redzuan Abdul Rahman meletakkan dua syarat untuk bakal menantunya iaitu sentiasa menunaikan solat subuh dan tidak merokok.
Saya nak lelaki yang lagi tinggi dari saya tapi kalau nak cakap pasal ciri yang saya nak, ia sangat mencabar. Tapi yang ayah letakkan adalah lelaki yang tidak merokok dan solat subuh.
Dalam pada itu, Hawa meluahkan rasa syukur dengan segala pencapaian sepanjang tahun 2024 selain mengakui banyak perkara yang dipelajari dalam hidupnya.
2024 di luar jangkaan, banyak benda yang saya tak jangka berlaku antaranya ialah saya melibatkan diri dalam larian, travel banyak negara dan dapat jejakkan kaki ke Universiti Oxford untuk buat kursus pendek selama seminggu. Selain itu, banyak juga saya belajar tentang erti kerja dan persahabatan.
Perancangan untuk tahun 2025 tu ada cuma saya reda dengan apa yang bakal ditentukan. Ada perancangan besar saya pada awal tahun 2025, kita doakan agar dipermudahkan.