Aktivis kemanusiaan, Hazwani Helmi menyifatkan zionis Israel sebagai pengecut dan mendakwa mereka telah menggodam laman sesawang yang digunakan untuk menyemak barang serta jenama produk buatan Yahudi.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Heliza Helmi Menangis Laung ‘Palestine Tunggu Kami Datang’ , Harap Ada Keaijaban Boleh Masuk Gaza
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Heliza Helmi & Hazwani Helmi Terangkan Mengapa Israel Rebut Tanah Pales***
Israel cuak
Menerusi temu bual eksklusif bersama program Show Dalam Bilik, Hazwani berkata, laman sesawang tersebut akan membawa pengguna ke laman Youtube dan kemudian lagu Israel akan dimainkan.
Jelas Hazwani, ini membuktikan Israel sudah cuak apabila orang ramai mula memboikot barang buatan mereka.
Kempen boikot kalau kita lihat banyak produk yang datang dari Israel. Kadang kala, agak sukar untuk pergi ke saluran mana satu.
Alhamdulillah, saya ada jumpa seorang pempengaruh dari US, dia kata ada satu website yang beritahu apa produk keluaran Israel. Nama website itu BDS (Boycott, Divestment and Sanctions).
Baru-baru ini saya ada buka website itu untuk lihat produk-produk Israel dan niat nak kongsikan dengan orang ramai, tapi selepas itu saya buka semula website dia bawa ke Youtube. Bila di Youtube itu akan terpasang lagu Israel.
Maknanya, Israel tengah cuak. Perang media mereka sudah kalah, saham boikot mereka sangat jatuh. Walaupun agak susah untuk kita elak sebab dah biasa, namun ini adalah jihad yang perlu kita lakukan.
Dalam pada itu, kakak kepada Hazwani iaitu Datin Seri Heliza Helmi berkata orang ramai hendaklah berjihad dan menetapkan dalam hati masing-masing untuk terus memboikot dan tidak lagi menyokong barangan Yahudi.
Media Israel pun kalau menipu nak berlakon lihat la kiri kanan. Cerdik la sikit kalau nak menipu.
Guna apa sahaja bahasa yang ada untuk boikot Israel. Tetapkan hati kita sentiasa ‘stand with Palestine’. Dengar cerita Israel pun ada juga bayar pempengaruh untuk pakai jubah dan sokong mereka, jangan sampai tertipu.
Ingin tahu lagi apa pendedahan secara eksklusif bersama The Helmi’s ? Jom saksikan video penuh Show Dalam Bilik bersama hos Amat Larbsib di Youtube rasmi OhBulan!