Seperti yang kita sedia maklum, streaming sambil bermain permainan video atas talian atau online game semakin mendapat perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia mahupun luar negara. Mereka yang bergelar ‘kaki game’ bukan sahaja menjadikan permainan video atas talian ini sebagai hobi semata-mata malah menjadikannya sebagai satu kerjaya. Mereka akan menggunakan media sosial seperti Youtube, Twitch dan Facebook sebagai salah satu platform untuk melakukan live streaming ketika bermain game.
Terbaru, satu rakaman live streaming yang memaparkan telatah spontan pelakon cantik, Yana Samsudin yang sedang asyik bermain online game bersama suaminya mendapat perhatian ramai sehingga video tersebut telah viral di media sosial.
‘Sayang, you okay tak?’
Tak bagi tembak lak ? pic.twitter.com/vlQ12gfulq
— ?? (@AyienHana) February 2, 2020
Menerusi video yang dimuatnaik seorang pengguna Twitter Ayien Hana memaparkan Yana Samsudin sedang melakukan live streaming di Youtube ketika dia sedang bermain online game bersama suaminya. Tetapi apa yang lebih melucukan apabila pelakon cantik ini tanpa sengaja telah ‘menembak’ suaminya di dalam permainan tersebut. Rata-rata netizen yang menonton video tersebut terhibur apabila melihat reaksi spontan dan wajah terkejut yang ditunjukkan Yana sebaik sahaja menyedari perbuatannya itu.
Dia kemudian meminta’pasukan paramedik’ untuk melakukan ‘rawatan’ kepada suaminya yang terkena tembakan itu. Tidak cukup dengan itu, dia juga memberi ‘amaran’ kepada pemain lain supaya tidak menembak suaminya.
‘Dramatic gila’
Gelagat dan telatah yang ditunjukkan Yana sememangnya mencuit hati netizen. Rata-rata mereka terhibur tindakan dramatic pelakon ini kerana Yana dilihat bertindak seolah-olah dia dan suaminya berada di alam realiti sedangkan mereka hanyalah berada satu permainan video sahaja.
Sumber: Ayien Hana