Aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi akui tidak dapat melupakan kenangan sewaktu pertama kali menjejakkan kaki di bumi Gaza.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Heliza Helmi Menangis Laung ‘Palestine Tunggu Kami Datang’ , Harap Ada Keaijaban Boleh Masuk Gaza
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Heliza Helmi & Hazwani Helmi Terangkan Mengapa Israel Rebut Tanah Pales***
Welcome to Palestine
Menerusi temu bual eksklusif bersama program Show Dalam Bilik, Heliza berkata sebaik sahaja tiba di Gaza, dia telah disambut dengan penuh meriah oleh penduduk di sana.
Malah menurut Heliza, hatinya sentiasa berasa tenang sepanjang berada di sana meskipun kawasan tersebut sedang bergolak.
Pengalaman buat misi kemanusian yang paling saya tidak dapat lupakan adalah ketika pertama kali pergi ke Gaza. Sampai sahaja di sana, akan ada sign board dekat pintu masuk tulis ‘Welcome to Palestine’.
Pergi tempat perang, tapi Allah ketepikan semua rasa takut dan masalah, Allah beri rasa ketenangan. Macam tak percaya berada di tempat perang, terlalu tenang.
Bila sampai sahaja di sana, perkataan pertama yang diungkapkan oleh rakyat Gaza adalah ‘selamat datang ke tanah kamu sendiri’ , ‘welcome to your home’. Kemudian mereka peluk saya dan saya menangis.
Mereka kata jangan sedih, Allah bersama kita. Bayangkan tanah mereka hancur diserang, tapi mereka boleh kata jangan bersedih.
Dalam pada itu, Heliza berkata dia turut berasa sayu apabila mendengar kata-kata anak kecil di Gaza yang mengingatkan dia tentang hari akhirat.
Saya berkata kepada anak-anak kecil kesiannya kamu diuji sebegini, tiada ibu, tiada ayah, seluruh ahli keluarga mati syahid termasuk rumah sudah hancur.
Lalu anak-anak kecil itu berkata tolong jangan kesian pada kami, mereka kata Allah uji mereka kerana perlu ingat hari akhirat itu adalah benar, yang perlu dikasihan adalah mereka di luar sana yang lupa untuk bersiapkan diri berjumpa dengan Allah.
Dalam temu bual sama, Heliza turut berkongsi pengalamannya ketika berada dalam bilik mayat di sebuah hospital yang menempatkan jenazah pejuang syahid.
Saya juga direzekikan masuk ke bilik mayat di hospital di sana. Saya nampak darah para shuhada yang sehingga kini saya masih terngiang-ngiang. Harum bau para shuhada.
Oleh itu persiapkan la diri kita, ini betul-betul dah dekat, sudah akhir zaman. Kerana dunia ini tempat berpenat, akhirat adalah tempat berehat.
Ingin tahu lagi apa pendedahan secara eksklusif bersama The Helmi’s ? Jom saksikan video penuh Show Dalam Bilik bersama hos Amat Larbsib di Youtube rasmi OhBulan!
Video
@showdalambilik “Welcome to your home” – itulah ungkapan daripada pengalaman @Heliza Helmi @Hazwani tiba di bumi G4z4 dahulu #fyl #showdalambilik #ohbulanofficial ? Dawai (From “Air Mata Di Ujung Sajadah”) – Fadhilah Intan