Aktivis kemanusiaan Datin Seri Heliza Helmi memaklumkan dirinya masih berada di Malaysia dan belum berangkat ke Palestin untuk menghulurkan bantuan kepada saudara sesama Islam yang sedang berjuang di sana.
Artikel Berkaitan: ‘Posting Di IG Saya Mengenai Palestin Kena Block’ – Siti Nurhaliza Tak Putus Asa, Usaha Beri Kesedaran Tetap Diteruskan
Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Dipuji Utamakan Saudara Islam Di Gaza, Ketepikan Promosi Lagu Baharu – ‘Sebab Tu Dia Nombor 1’
‘Palestin tunggu kami datang’
Heliza menerusi sesi siaran langsung pada Selasa berkata, dia bagaimanapun sudah menyerahkan pasport miliknya dan berharap ada keajaiban yang akan berlaku.
Saya masih dekat Malaysia, tak boleh nak masuk Gaza sekarang ini. Tapi pasport dah hantar.
Tapi siapa tahu, kalau ada keajaiban, tiba-tiba Allah panggil, saya akan pergi. Isnya-Allah.
Gaza ini sempadannya adalah Mesir. Kerajaan Mesir telah menutup pintu laluan yang digunakan untuk keluar dan masuk.
Dalam sesi siaran langsung yang sama, Heliza dilihat gagal manahan air mata apabila mengucapkan ayat “Palestin tunggu kami datang”.
Potongan sesi siaran langsung tersebut kemudian dirakam dan dimuat naik semula oleh pengguna TikTok sehingga mengundang rasa sebak orang ramai.
Sementara itu, Heliza menerusi perkongsian terkini di Instagram Story memaklumkan laluan yang digunakan untuk masuk ke Gaza telah di bom zionis Israel.
Ya Allah boarder pintu rafah nak masuk Gaza telah dibom.
Untuk info, nama Heliza dan adiknya, Hazwani Helmi sudah tidak asing lagi dalam misi kemanusiaan dan aktiviti kesukarelawanan di Malaysia mahupun luar negara sehingga pernah dilantik sebagai ikon untuk beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Adik beradik ini juga menjadi antara selebriti yang sering memperjuangkan isu ummah di Gaza dan Syria, malah mereka pernah beberapa kali menyertai misi kemanusiaan ke negara berkenaan bagi menyampaikan sumbangan dan membantu rakyat di sana.
Sumber: Instagram