Pelakon, penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi menafikan dakwaan mengatakan rumah tangganya dan suami, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman sedang bergolak dan berdepan dengan masalah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Heliza Helmi Menangis Laung ‘Palestine Tunggu Kami Datang’ , Harap Ada Keaijaban Boleh Masuk Gaza
Heliza terkejut!
Malah, pemilik nama Nur Heliza Helmi ini mengakui dirinya berasa terkejut mendengar khabar angin tersebut.
Saya memang terkejut bila keluarnya dakwaan seperti ini dan tak boleh ‘brain’.
Saya nak tanya balik dan soalan pertama saya ialah dari mana datangnya dakwaan itu?
Yang kedua ialah daripada siapa dan bagaimana keluarnya dakwaan itu? Kalau saya nak jawab persoalan ini tanpa mengetahui daripada mana puncanya, macam mana saya nak jawab?
Alhamdulillah, suami juga turut hadir bersama saya ke majlis hari ini.
Tambah pelantun lagu ‘Doa Dalam Lagu’ itu lagi, kehadiran suami yang menemaninya ketika menghadiri satu majlis di ibu kota, baru-baru ini tidak bermakna dirinya mahu menutup segala spekulasi yang timbul.
Spekulasi ini tidak perlu dibuka mahupun ditutup sebab mungkin tiadanya dakwaan daripada orang yang mengatakan rumah tangga saya bergolak.
Tapi, apa-apa pun sentiasa doakan kami diberikan sakinah, mawaddah dan rahmah sampai ke syurga Firdaus tanpa hisab dan tanpa azab.
Kita tak tahu macam mana tapi mudah-mudahan semuanya selamat dan mendapat reda Allah SWT.
Jarang ‘upload’ gambar sebab sibuk
Bercakap mengenai dirinya yang jarang berkongsi gambar bersama suami, Heliza menjelaskan bahawa kesibukan kerja membuatkan dirinya kurang bermain media sosial sejak kebelakangan ini.
Saya pun tak tahulah sebab orang-orang yang berkata mengenai isu itu. Jadi, lebih baik kita bertanya kepada orang-orang yang berkata seperti itu.
Sebab dalam telefon banyak saja gambar kami berdua tapi saya tak larat nak ‘upload’ sebab sibuk dengan kerja.
Dan bercakap soal ‘upload’, kita buat bukan sebab orang suruh ke atau nak tahu, tidak. Tetapi sebab kehidupan kita sendiri.
Saya ingat pesan ustaz, di akhir zaman ini diam itu lebih baik sebenarnya.
Di akhir temu bual bersama Melodi TV3, Heliza berharap agar orang ramai mendoakan yang baik-baik buat rumah tangganya bersama suami.
Saya yakin dan percaya, anda semua mempunyai hati dan perasaan yang suka melihat perkara yang baik-baik dan saya rasa perkara ini (dakwaan) tak wujud pun.
Saya juga yakin anda semua mendoakan yang baik-baik buat saya dan suami.
Saya masih terkejut dan saya rasa tak ada pun timbulnya dakwaan ini sebenarnya.
Terdahulu, rumah tangga Heliza dan Mahadi didakwa sedang bergolak apabila penyanyi itu dikatakan sudah tidak memuat naik gambar bersama suami di media sosial.
Untuk rekod, Heliza dan Mahadi mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2022.
Sumber: Melodi TV3