berita

[VIDEO] Henry Moodie Terharu Lagu ‘Drunk Text’ Trending Di Malaysia, Berjaya Duduki Tangga Ke-2 Spotify!

February 14th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Henry Moodie

Penyanyi asal United Kingdom, Henry Moodie meluahkan rasa terharu apabila lagu nyanyianya berjudul Drunk Text tular di Malaysia.

Artikel Berkaitan: Shawn Mendes Dan Camila Cabello Kembali Bercinta!

Artikel Berkaitan: Taylor Swift Malu Tak Sengaja Rosakkan Cincin Vintage, Harga Hampir RM57,000

Terima kasih Malaysia

Henry Moodie

Menerusi perkongsian video di TikTok, Henry Moodie berkata dia tidak menyangka apabila lagu tersebut diterima baik sehingga berjaya menduduki tangga kedua di carta penstriman Spotify.

Ini memamg betul-betul gila. Lagu ‘Drunk Text’ menduduki tangga kedua carta Spotify di Malaysia.

Terima kasih sangat-sangat dari lubuk hati saya yang paling dalam kepada semua yang mendengar dan menyokong lagu ini.

Dalam video sama, penyanyi berusia 19 tahun itu berkata dengan kejayaan tersebut membuatkan dia tidak sabar untuk datang ke Malaysia.

Kejayaan ini juga membuatkan saya bercadang dan tidak sabar untuk berjumpa dengan anda suatu hari nanti secara berdepan.

Sementara itu, rata-rata peminat yang singgah ke ruangan balas mengatakan mereka sudah jatuh cinta dengan lagu Drunk Text selain memuji kualiti serta komposisi lagu tersebut.

Malah, tidak kurang juga yang berharap penyanyi itu bakal mengadakan lawatan konsert atau ‘tour’ ke Malaysia kelak.

Untuk info, sejak kebelakangan ini lagu Drunk Text sering menjadi pilihan pengguna media sosial untuk dijadikan muzik latar ketika mereka memuat naik sebarang perkongsian di Instagram mahupun TikTok.

Video

@henrymoodie Malaysia & Indonesia ???? thank you for all the support!! #fyp #drunktext ? drunk text – Henry Moodie

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×