Gara-gara tubuh badan makin langsing, penyanyi dan pelakon Yazmin Aziz mencuri perhatian warganet di media sosial.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bercinta Beza Agama, Yazmin Aziz Hairan Dengan ‘Kepochi’ Netizen
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Terfikir Adakah Bapa Seorang Pedofilia?’ – Yazmin Aziz
Turun 8 kg
@yazminaziz Replying to @shai? Ada lagi yang saya buat. Nak tahu lagi? #fyp #tiktokmy #tips ? original sound – Yazmin Aziz
Menerusi video di TikTok, Yazmin berkongsi ‘rahsia’ berat badannya menurun daripada 69 ke 61 kilogram (kg) dalam masa sebulan.
Enggan timbul pertikaian selepas dikongsikan kepada umum, Yazmin, 22, berkata empat faktor itu berkesan untuk dirinya mendapatkan berat badan ideal.
Memandangkan ramai yang nak tau macam mana saya boleh turun 8 kg dalam masa sebulan, jadi saya akan kongsikan rahsia.
Sebelum itu, semua tips yang saya kongsi, itu yang saya buat. Kalau korang rasa tak sesuai, bad ideas, it’s okay.
Makan masa lunch saja
Pemilik nama Yazmin Aldwin Abdul Aziz menyatakan dia langsung tidak mengambil minuman manis, sarapan pagi (breakfast) dan nasi.
Pertama, saya tak minum air manis. Tak minum teh tarik, teh ais dan air bergas. Hanya minum air kosong.
Kedua, saya tak ambil sarapan. Saya hanya makan pada waktu tengah hari dengan protein seperti ayam, ikan dan paling penting sayur. Dan saya langsung tak makan nasi.
Dalam pada itu, pelantun lagu Crush memberitahu setiap hari dia akan pergi ke gimnasium untuk sesi ‘workout’.
Akhir sekali, pergi gym atau home workout. Saya akan pastikan setiap hari pergi gym. Tapi ingat, kalau korang tak jaga makan, susah nak kurus.
Sumber: TikTok @yazminaziz