Penyanyi Yazmin Aziz tertanya adakah bapa kandungnya seorang pedofilia kerana kantoi berada di sebuah hotel di Kanada bersama dua remaja perempuan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tidur Bilik Asing Ke Masa Bercuti Dengan Kekasih, Yazmin Aziz Jawab Soalan Netizen
Tak mengaku anak
@yazminaziz Cant believe this is a true story about my biological father in Canada ? #fyp #tiktokmy #truestory ? original sound – Yazmin Aziz
Menerusi video di TikTok miliknya, Yazmin, 22, berkata dia menghubungi bapanya namun panggilan itu dijawab oleh dua perempuan yang tidak diketahui umur.
Dakwa pemilik nama Yazmin Aldwin Abdul Aziz, bapanya juga tidak mengaku sebagai anak sebaliknya dia diperkenalkan sebagai rakan dari Malaysia.
Apabila bapa saya akhirnya mengangkat panggilan, terdapat dua remaja sedang melepak di dalam bilik hotelnya.
Kemudian remaja tersebut bertanya siapakah saya, bapa saya berkata ‘Oh, dia kawan saya dari Malaysia’. Saya menjawab ‘Tidak, saya anak awak. Sampai hati awak?’
Dah tak contact lagi
Dalam pada itu, penyanyi berketurunan Melayu dan Filipina mendakwa dua remaja terbabit dipenuhi dengan tatu manakala bapanya pula bertindik di muka.
Dakwanya lagi, dia juga sudah tidak berhubung dengan bapanya selepas insiden itu.
Dia tidak lagi mesej saya, tiada panggilan, tiada mesej, tiada jawapan, tiada apa-apa. Ia membuatkan saya terfikir adakah bapa saya seorang pedofilia?
Sumber: TikTok @yazminaziz