berita

[VIDEO] Hilang Beratus Pengikut Sebab ‘Naked Face’, Zahnita Wilson Bersolek Semula – ‘Dah Sikat Rambut’

August 26th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Zahnita Wilson

Baru-baru ini, pelakon dan model terkenal tahun 90-an, Zahnita Wilson mendedahkan dia telah kehilangan beratus pengikut di Instagram selepas berkongsi sepotong video memperlihatkan dirinya tanpa sebarang solekan di wajah.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dikecam Kerana Ambil Ira Kazar Sebagai Model, Aliff Syukri Tampil Bersuara – ‘Saya Tak Sokong Mana-Mana’

Artikel Berkaitan: Alicia Amin Didakwa Bercinta Dengan Amir Ahnaf? Ini Jawapan Tuan Badan

‘Sikat rambut, letak bedak sikit’

Zahnita Wilson

Selang beberapa hari selepas itu, Zahnita memuat naik sepotong video terbaharu dengan menyampaikan ucapan terima kasih kepada netizen yang memberikan komen berbentuk ‘troll’ kepadanya.

Dalam video sama, aktres itu turut dilihat menyikat rambut dan memakai gincu berwarna merah jambu menunjukkan dirinya dalam keadaan bersiap.

Pengikut hilang beberapa ratus selepas hantaran sebelum ini. Bolehkah anda bayangkan jika saya menghidupkan semua komen trolling. Apa-apa pun terima kasih  atas komen manis anda.

Ok la mak dah sikat rambut, letak bedak sikit, bibir ‘pink’ tengok wayang Barbie. Dah lama tak gelak macam ini.

Sementara itu, rata-rata netizen tetap memuji kecantikan semula jadi Zahnita dan menganggap aktres itu hanya menjadi diri sendiri dengan mempamerkan wajahnya tanpa sebarang solekan.

Imbas kembali, Zahnita pernah menjadi kegilaan ramai ketika zaman 90-an kerana memiliki tubuh badan yang tinggi, kurus dan wajah cantik semula jadinya.

Malah wajahnya juga sering kali menghiasi muka depan majalah-majalah terkenal dan antara heroin yang menarik perhatian peminat terutama lelaki.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @zahnita

Sumber: Instagram Zahnita Wilson

SKIP THIS AD ×