berita

[VIDEO] ‘Hilang’ Ibu Bapa Kerana Covid-19, Kisah Adik Ini Akan Buat Korang Bergenang Air Mata

September 2nd, 2020 | by Hanis Aliaa
Video Popular

2020 merupakan tahun duka bagi seluruh dunia apabila kita diuji dengan pandemik Covid-19. Ramai yang terkesan dan kebebasan yang suatu ketika dulu milik semua masyarakat bagai direntap apabila norma baharu perlu dipraktikkan dalam kehidupan.

Begitu juga seperti kisah anak kecil ini yang meluahkan rasa rindu kepada kedua ibu bapanya sejak ‘kehilangan’ mereka. Sebak pula!

 “Nak makan bersama mama & abah”

https://www.facebook.com/ohbulanofficialfan/posts/3925263054153739

Tiada apa yang lebih bermakna bagi seorang anak kecil selain dapat meluangkan masa bersama kedua ibu bapanya. Namun, bagi anak-anak petugas barisan hadapan, mereka terpaksa berkorban perasaan dengan merelakan ibu bapa mereka untuk berjuang demi mempertahankan negara.

Merdeka kita!

Bersempena dengan Hari Kebangsaan ke-63 dan Hari Malaysia, marilah kita terus menghargai usaha petugas barisan hadapan dalam membanteras penyebaran wabak Covid-19 dan sentiasa memastikan kita dalam keadaan selamat.

Terima kasih para petugas barisan hadapan! Tanpa kalian, kita mungkin tiada di sini hari ini. Untuk info lanjut, boleh layari amirudinshari.com.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×