Pelakon, Hisyam Hamid menganggap gelaran duda ‘hot’ yang diberikan kepadanya sebagai satu pujian yang boleh memberikan kesan baik terhadap dirinya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Jalan Terbaik Adalah Dengan Tidak Lagi Menjadi Suami Isteri, Kami Selesa Berkawan Baik’ – Hisyam Hamid
Duda ‘hot’
Menurut Hisyam, dia juga bersyukur kerana telah melepasi fasa ‘jatuh terduduk’ selepas mereka mengambil haluan masing-masing.
Saya anggap label duda hot itu sebagai satu pujian kepada saya. Mungkin benda tersebut secara tak langsung ada impak positif.
Alhamdulillah, sekarang saya gembira dengan ‘progress’ diri. Ini proses saya untuk bangun selepas jatuh.
Tambah pelakon berusia 38 tahun itu, dia juga selesa hidup bujang dan dalam masa yang sama mampu memberikan fokus kepada anak dan juga ibunya.
Buat masa ini, saya selesa dengan hidup macam ini (duda). Kawan-kawan macam biasa dengan semua orang.
Saya hanya mahu berikan tumpuan kepada anak-anak dan ibu saya.
Hisyam berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36 yang diadakan di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Jumaat.
Lumrah ‘public figure’
Ketika ditanya adakah dirinya terganggu dengan gelaran tersebut, pelakon yang terkenal menerusi drama ‘Hatimu Sedingin Salju’ berkata dia memahami itulah lumrah yang perlu dihadapinya sebagai seorang selebriti.
Saya okey sahaja, pada akhirnya kita adalah ‘public figure’ (berpengaruh), benda macam ini mesti akan terjadi.
Kalau berkahwin ataupun bujang ada gosip tersendiri dan boleh jangka perkara begini akan jadi.
Apa yang paling penting, saya tahu jaga diri dan kerja saya.
Terdahulu, Hisyam mengesahkan perkahwinannya bersama bekas isteri iaitu Rosmawati Hanafi atau lebih dikenali sebagai Mel sudah berakhir dengan penceraian.
Untuk rekod, Hisyam dan bekas isterinya dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Nurish Syameliah, 17, dan Haydeen, 15 sepanjang 18 tahun usia perkahwinan.