Pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal memberi penjelasan mengenai tanggungjawab melakukan ibadah korban di dalam institusi kekeluargaan.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Ustaz Don Tampil Beri Penjelasan Isu Kisah Nabi Muhammad SAW – ‘Insya-Allah Apa Yang Saya Cakap Ini Benar’
Artikel berkaitan: Ustaz Don Beri Pandangan Isu Orang Islam Sertai ‘Speed Dating’ – ‘Zaman Sekarang Susah Nak Cari Pasangan’
Penuhi syarat korban
Menerusi perkongsian di TikTok, Ustaz Don berkata, sekiranya memenuhi syarat korban maka tidak mengira suami atau isteri masing-masing mempunyai tanggungjawab korban.
Pertama, hukum korban adalah sunat muakkad. Sunat yang dituntut maknanya dia bukan satu benda yang wajib kecuali kita mewajibkan pada diri kita.
Bila kata sunat muakkad siapa yang dipertanggungjawabkan? Kepada semua orang. Saya ada tanggungjawab korban. Isteri saya ada tanggungjawab korban. Anak-anak semua pun ada.
Sebab syarat korban ni senang saja iaitu Islam, baligh, berakal dan berkemampuan. Benda itu mudah semua orang yang dah cukup itu jadi kita semua boleh buat.
Menurut Ustaz Don, tidak menjadi satu kesalahan sekiranya seorang isteri melakukan korban buat keluarganya.
Tapi sekarang ni tajuk dia keluarga saya ni isteri, mak kepada anak. Jadi kalau anak cakap dengan mak ‘Mama teringinlah nak buat korban’ jadi saya nak buat untuk suami saya.
Jawapannya terserah kepada siapa saja boleh buat. Ini jawapan mudah kalau kakak kerja dan ada kemampuan ‘You, I ingat korban anak-anak I nak bagi lah’. Suami kata boleh.
Dia tak ada benda yang boleh macam berdosa kalau saya buat suami saya tak buat? Tak. Jadi kalau kakak kata ‘abang duit ini saya hadiahkan dekat abang, abang buat korban untuk kita dengan anak-anak’ pun boleh.
@suriamalaysia Bersama Ustaz Don menjawab persoalan mengenai Korban. Wallahualam Bissawab. #fyp? #suriamalaysia #segalanyahiburan #aidiladha ? original sound – Suria Malaysia
Sumber: TikTok