Ibu kepada mangsa pembunuhan kejam, Allahyarham Zulfarhan iaitu Hawa Osman meluahkan rasa kesal terhadap seorang bomoh yang didakwa turut terlibat di dalam kes menyayat hati itu.
Artikel Berkaitan: Netizen ‘Throwback’ Video Pembunuh Zulfarhan Tersenyum Ketika Terlepas Hukuman Gantung
Artikel Berkaitan: Kes Bunuh Zulfarhan: Enam Bekas Penuntut UPNM Ke Tali Gantung, Ibu Bapa Arwah Menangis Sujud Syukur
Terima balasan yang sama
@mingguanwanita “Pada bomoh yang tuduh anak saya tu, bertaubatlah. Datang minta maaf pada kami dan seluruh rakyat Malaysia,” ini luah Puan Hawa ibu kepada arwah Zulfarhan. Ada banyak lagi dikongsikan oleh ibu bapa arwah termasuk reaksi terkejut wajah keenam-enam tertuduh yang sebelum itu dilihat melambai-lambai serta wajah keriangan bila Hakim mengumumkan mereka ke tali gantung. Saksikan temubual penuh bersama kedua ibu bapa arwah di YouTube Mingguan Wanita esok. #mingguanwanita #temansetiapwanita #zulfarhan
Menerusi temu bual bersama Mingguan Wanita, Hawa mahu bomoh tersebut yang juga bapa kepada salah seorang pelaku itu menerima balasan agar dia tahu bagaimana kesakitan yang dilalui oleh arwah ketika dibuli dengan kejam.
Saya memang geram dengan bomoh tu. Saya berdoa agar bomoh itu terima balasan, maknanya badan dia itu juga ada kesan tekapan (seterika).
Jadi biar dia merasa bagaimana anak saya rasa.
Menurut Hawa, setiap muslim sepatutnya bergatung kepada bantuan Allah SWT dan bukannya percaya kepada tilikan seorang bomoh.
Kalau boleh kita minta kepada Allah. Ada juga bomoh yang boleh dipercayai tapi bomoh ini dia kata dia sembahyang hajat menggunakan barang dan konon nama arwah tertera.
Selama ini kata lah mereka pernah pergi ke bomoh. Bomoh ini hanya kata saudara atau orang terdekat sahaja. Tak ada cakap pun nama.
Rasa kecewa dan terkilan seorang ibu telah membuatkan Hawa berharap agar bomoh berkenaan menyesali perbuatannya. Hawa juga mahu bomoh tersebut membuat permohonan maaf atas khilaf yang dilakukan sehingga menyebabkan kematian cahaya matanya.
Saya harap bomoh itu bertaubat, kalau boleh dia datang berjumpa dengan kami semua dan buat permohohan maaf pada seluruh rakyat Malaysia.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberi sokongan penuh kepada kedua ibu bapa arwah dan berharap agar semua yang terlibat dengan pembunuhan kejam itu mendapat hukuman yang setimpal.
Mak cik teruskan berdoa, kami rakyat Malaysia akan amin kan.
Setuju sangat, kerana mulut badan binasa.
Saya doakan keadilan kematian arwah terbela dan berpihak kepada makcik dan pak cik sekeluarga. Insya-Allah teruskan berdoa, sesungguhnya doa makcik tiada hijab untuk arwah.
Berdasarkan kronologi kes, Allahyarham Zulfarhan telah dituduh mencuri sebuah komputer riba setelah namanya disebut oleh seorang bomoh sebelum mangsa dibuli sehingga meninggal dunia.
Terdahulu, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan pihak pendakwaan bagi mengekalkan pertuduhan ke atas enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang menyebabkan kematian Pegawai Kadet Laut, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain, tujuh tahun lalu.
Sebelum ini, keenam-enam tertuduh menghadapi pertuduhan membunuh Zulfarhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori manakala 12 lagi rakan mereka yang dipenjara tiga tahun dibenarkan untuk menggantung hukuman penjara dengan jaminan RM7,000 dikekalkan.
Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut di dalam dua bilik, blok penginapan asrama Jebat di UPNM pada 21 dan 22 Mei 2017.
Dalam kejadian yang begitu menyayat hati itu, Zulfarhan disahkan meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017.
Sumber: TikTok Mingguan Wanita