Anak merupakan anugerah daripada Allah SWT yang patut dijaga sebaiknya. Memiliki anak yang pintar dan bertanggungjawab adalah satu kebahagiaan buat setiap pasangan.
Seperti perkongsian ini di Facebook, anak yang baru berusia 10 tahun masak sendiri bekal ke sekolah kerana ibunya demam.
Gelagat jam 4 pagi
Gelagat anak jam 4pagi. Ibunya Siti Nurhaida Baharom II demam. Nak ke sekolah kena bawa bekal. Alhamdulillah.. seronok dan bersyukur kerana mereka memahaminya
Menerusi video yang dirakam bapa, kelihatan si anak berada di dapur sedang menumbuk bahan-bahan untuk memasak. Selepas ditanya, anak menjawab bekal tersebut untuk dibawa ke sekolah.
Tak sangka anak sanggup bangun awal
Turut berkongsi rasa hati di laman Kami Suri Rumah, si ibu meluahkan rasa terharu dan bangga dengan sikap anak yang pandai berdikari. Sementara ibu masih tidur kerana demam, anak sanggup bangun jam 4 pagi untuk menyiapkan bekalan ke sekolah.
Sumber : Muhamad Hairul Nizam Hasan , Siti Nurhaida Baharom II