Tidak cukup dengan mempertikaikan Pelakon Baru Wanita Popular, Haneesya Hanee tiada bakat. Ada segelintir individu di laman sosial dengan biadap mempersendakan kulit dan tempat tinggal sehingga ibu terpaksa membuat laporan polis. Ibu Haneesya menuntut beberapa individu tampil memohon maaf secara terbuka.
Terbaru, menerusi video ibu Haneesya menjelaskan laporan yang dibuat tiada kaitan kulit gelap sebaliknya laporan di atas kata-kata berbaur ugutan.
Teruskan menghina anak saya
We did a video before but maybe yall too dumb to understand till we hv to elaborate. To bloggers get your facts right. To everyone who’s gonna watch this, tengok sampai habis Jgn terus nk comment. Like I said before don’t believe what bloggers write they fool for u too make sins. pic.twitter.com/4WTQNc8PMJ
— HaneesyaHanee (@HaneesyaHanee) October 3, 2019
Berkaitan isu laporan polis yang telah saya buat supaya tidak ada lagi fitnah timbul. Laporan ini tidak ada kaitan dengan isu kulit gelap. Tidak ada sama sekali. Satu akaun saya buat report di Facebook saya, berkenaan kata-kata berbaur ugutan. Yang kedua pula dua akaun di Twitter Haneesya. Satu, dia ambil gambar tanpa izin untuk mengaibkan Haneesya. Yang kedua individu ini mengaitkan dengan Hajarul Aswad dan menghina tempat tinggal kami. Jadi tak ada isu pasal kulit gelap.
Selama ini anda semua bersuara pasal anak saya, bukan saja pasal kulit tapi anda hina dia. Pangggil dia binatang, panggil dia babi. Saya tak buat apa-apa pun. Saya menasihati dia, kami sama-sama bangun, kami sama-sama hadapi benda tu. Alhamdulilah kami tak pernah buat apa-apa tindakan. Tapi di saat saya sebagai seorang ibu bersuara untuk anak saya, saya dikecam.
Saya telah merayu kepada salah satu portal tapi tidak diendahkan. You guys know what? All this while, saya pelihara anak 19 tahun tanpa bantuan dari siapa. Dia yang bantu sampai kami stabil. And i don’t need all this. Teruskan menghina kami, teruskan menghina anak yang saya lahirkan. Bagi yang menyokong, saya menjemput datang ke PPR Pudu Hulu untuk sedikit doa selamat dan kempen say no to bully and cyberbully.
Dalam video yang berdurasi 02:20 saat itu, ibu Haneesya tampil menjelaskan laporan polis yang dibuat. Dia sebagai ibu selama ini hanya berdiam apabila anak dihina tetapi sekali dia membuka mulut mempertahankan anak, dia dikecam hebat. Ibu Haneesya turut dilihat mengoyak kertas laporan.
Sedih lihat ibu menangis
Di ruangan komen, ramai yang bersimpati dan memberi sokongan kepada mereka untuk terus kuat.
Sumber : Haneesya Hanee