berita

[VIDEO] Capai Azam 2019 Beli Rumah Sendiri, Ini Rumah Mewah Wany Hasrita

September 21st, 2020 | by Amirul Asraf
Video Popular

Hasrat penyanyi, Wany Hasrita untuk memiliki kediaman sendiri akhirnya tercapai selepas dia menerima kunci rumah daripada pemaju, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Youtube, pelantun suara lagu ‘Canggung’ itu berkongsi berita gembira dan rasa syukur atas rezeki yang dikurniakan oleh Allah S.W.T buat dirinya.

My first house!

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah for everything. Betul lah, kata-kata itu satu doa. Setiap hari sebut nak beli rumah, pergi haji dan umrah doa permudahkan untuk beli rumah. Ini azam saya tahun 2019, 1 tahun delay. Tapi Allah tahu bila waktu yang terbaik untuk dia beri pada hamba-Nya. Ibu, ini rumah kita. Terima kasih pada semua yang mendoakan.

Menurut Wany Hasrita, azam untuk membeli rumah merupakan impiannya sejak tahun lepas. Setiap hari dia akan berdoa untuk memperoleh rumah sendiri. Tambahnya, dia bersyukur kerana Allah sebaik-baik perancang dan telah memberi rezeki buatnya pada tahun ini. Ucapan terima kasih buat semua yang mendoakan turut diucapkan oleh Wany Hasrita.

Di samping itu, Wany memberitahu kejayaan dan impian yang dicapai merupakan berkat doa ibunya juga. Jelasnya, rumahnya itu sangat sesuai buat mereka berdua dan anak-anak kucing yang dipelihara. Di akhir video tersebut, Wany turut berkongsi kegembiraan mengenai ‘Silver Plate’ yang diraihnya selepas berjaya mendapat 100 ribu pengikut di Youtube.

So happy for you!

Rata-rata rakan artis memberi ucapan tahniah buat Wany kerana telah berjaya mencapai azamnya. Mereka turut tumpang gembira melihat kejayaan penyanyi itu.

Sumber: Wany Hasrita

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×