berita

[VIDEO] ‘Ibu Jangan Mati’ – Kanak-Kanak 10 Tahun Saksi Pembunuhan Ibu Depan Mata

August 27th, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Seorang wanita, Emine Bulut telah diserang dan ditikam di bahagian leher oleh bekas suaminya, Fedai Baran. Kejadian itu berlaku di salah sebuah kafe di Turki.

Apa yang lebih mengejutkan pembunuhan kejam ini turut disaksikan oleh anak perempuan mereka!

‘Ibu jangan mati’

Menerusi Straits Times, tindakan kejam ini telah mengundang kemarahan orang ramai apabila video ini mula viral di media sosial. Ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang makan bersama anak perempuannya di sebuah kafe di Turki.

Di dalam video berdurasi 0:17 saat tersebut, anak mangsa yang berumur 10 tahun dilihat  menangis ketakutan sebaik melihat keadaan ibunya yang berlumuran darah.

Ibu jangan mati.

Dalam keadaan tegang itu, Emine sempat menjerit kepada anak perempuannya sambil memegang leher yang berlumuran darah.

Saya tidak mahu mati.

Tak sempat larikan diri

Selepas menyerang bekas isterinya, suspek dipercayai cuba melarikan diri namun sempat ditahan oleh orang awam yang berada di kawasan tersebut. Suspek kemudian memberitahu pihak polis bahawa dia menyerang dan membunuh bekas isterinya menggunakan pisau yang selalu dibawanya.

Pasangan ini dikatakan telah bercerai empat tahun yang lalu. Mangsa disahkan telah meninggal dunia ketika mendapat rawatan di hospital.

Berikutan daripada kejadian ini, penduduk telah berkumpul di ibu kota Ankara untuk membuat bantahan dan tanda protes terhadap pembunuhan itu.

Kami bersedia untuk sebarang bentuk tindakan, kami tidak akan diam, kami tidak takut dan kami tidak akan taat, kami akan terus berjuang sehingga tiada wanita dibunuh lagi.

Selebriti dan kelab bola sepak seperti Besiktas dan pegawai termasuk Menteri Keadilan Abdulhamit Gul turut mengecam tindakan pembunuhan tersebut selepas video itu viral di media sosial.

Kami mengharapkan pembunuh dijatuhi hukuman yang berat.

Sumber: Straits Times, Youtube

 

SKIP THIS AD ×