Usahawan dan pempengaruh media sosial, Shaniena Natasya bersyukur kerana dikurniakan ibu mentua yang amat menyayangi dirinya.
Artikel Berkaitan: Shaniena Natasha Dipuji Netizen, Bayar Zakat Pendapatan Lebih RM11K Meskipun Bukan Beragama Islam
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Influencer’ Dakwa Ditipu 180K Dengan ‘Wedding Planner’, Hotel Tahan Makanan Tetamu & Tak Boleh Masuk Bilik
Kasih sayang ibu mentua
@shanienanatasyaaaa Replying to @Hakimi Rahim
? original sound – SHANIENA NATASYAAAA – SHANIENA NATASYAAAA
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, kelihatan Shaniena sedang bermanja dan bermesra bersama ibu mentuanya.
Usahawan tersebut berkata, wanita itu menganggapnya seperti anak sendiri walaupun dia mengetahui tentang latar belakang dan kisah silam Shaniena sebelum ini.
Ibu mentua saya ini apa je yang dia tak tahu pasal saya. Dia tahu saya menari, berjoget, dia tahu kisah silam saya, dia tak marah tapi dia guide saya dengan cara yang betul.
Saya duduk jauh dengan keluarga saya. Ada ibu mentua macam ni, saya tak pernah rasa jauh dengan keluarga.
Dia sayang macam anak sendiri, dia tak anggap macam menantu. Cara dia layan saya, kadang-kadang dia masak untuk saya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap ibu mentua pempengaruh berusia 21 tahun tersebut dan menyifatkannya sebagai seorang menantu yang beruntung.
Mak mentua sejuta dalam satu, Alhamdulillah saya pun dapat mentua yang sangat baik.
Beruntung awak, hargailah dia. Kalau dia dah tak ada mesti sedih teringat kebaikan kepada kita.
Rezeki dapat ibu mentua yang baik.
Untuk info, Shaniena mendirikan rumah tangga bersama suaminya iaitu Choudhry Wasim pada Mei tahun lalu.
Sumber: TikTok Shaniena Natasya