Nama ibu kepada selebriti Neelofa iaitu Datin Noor Kartini menjadi bualan warganet selepas akaun Tweet Islamik berkongsi sebuah hantaran di laman Twitter.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Haris Nak Pen, Neelofa Sanggup Naik Ke Tingkat Tiga’ – Noor Kartini
Baca 787 kali bismillah
Menerusi video yang tular, Noor Kartini berkongsi tip murah rezeki dengan mengamalkan bacaan mengikut saranan seorang ulamak terkenal Thailand iaitu Baba Aziz.
Kata Noor Kartini, dia membaca Bismillahirahamirrahim sebanyak 787 kali.
787 kali Bismillah Rahmani Raheem. Selepas 40 hari kita akan nampak kesan dia, tak boleh tinggal. Tak boleh lebih, tak boleh kurang.
Masa mama (panggilan diri) dapat ini, Baba Aziz kata satu Bismillah ini kalau diletak atas timbangan itu berat dia sama dengan isi bumi.
Baca dia boleh pagi, petang dan kumpul sampai 787. Kalau baca berterusan 15 hingga 20 minit boleh siap.
Kenapa 787 sebab Allah suka ganjil sebab itu tambah satu. Ramai yang kongsi bila amalkan Bismillah ini banyak perubahan dalam hidup kita.
Tambah Noor Kartini, ada beberapa individu yang mendapat rezeki di luar jangkaan selepas 40 hari mengamalkan dengan konsisten.
Ada pengikut Baba Aziz kata dia amalkan, dari yang kerja biasa-biasa naik pangkat, duduk rumah biasa-biasa boleh duduk rumah semi-D. Banyaklah peningkatan dalam hidup dia.
Ikut kepada hajat kita, Allah akan bagi berkesesuaian apa yang kita perlu tapi apa saja amalan kita kena yakin, Insya-Allah kita akan dapat.
Respon dari pengguna Twitter
Bagaimanapun, pendedahan tersebut menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.
Penolong Profesor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) iaitu Dr Abu Hafiz Salleh Hudin menggesa hentikan ikut ‘petua’ selebriti. Katanya, zikir, doa dan ibadah telah secara tersusun diajar oleh Nabi SAW.
Penetapan ulang basmalah 787 itu sendiri sangat bermasalah. Dalam hadith sahih ajar istighfar yang ikhlas mampu beri jalan keluar masalah. Kenapa reka yang tiada dalam nas?!
Agama bukan dibina atas pengalaman kita saudara dan saudari. Agama atas dalil. Kena 787? Kalau ganjil, 1,3,5 pun ganjil. Kalau ada orang amalkan dan tak dapat seperti yang didakwa, bagaimana pula? Agama berdasarkan Quran dan Sunnah. Ia mesti ada sumber bukan rekaan.
Sumber: Twitter