Sebelum ini, tular video memaparkan seorang wanita yang sebak mengumumkan majlis perkahwinan anak lelakinya yang dikenali sebagai Adam tidak dapat diteruskan selepas calon isteri menarik diri pada saat-saat akhir.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tak Jadi Kahwin Saat Akhir, Pengantin Lelaki Dedah Perkara Sebenar..Dah Perhabis Lebih RM30k – ‘Ada Penglibatan Orang Ketiga’
Cukup sayang pada bakal menantu
@mimieshop_99 Penjelasan mak adam bagus mak nya syg menantu tapi kenpe menantu macam hantu ? sanggup malu kan mak mertua #adam #adamsfyp #adam #adamo @DemFlacco? ? bunyi asal – Sarahhsopp
Terbaharu, wanita yang dikenali sebagai Tengku Norma Tengku Arshad tampil memaklumkan dirinya begitu menyayangi calon menantunya itu menerusi satu sesi siaran langsung yang dilakukan Adam di TikTok.
Menurut wanita itu, dia sudah pun berkenan dengan pilihan Adam sejak kali pertama berjumpa dengan gadis yang disifatkan seperti ‘Perempuan Melayu Terakhir’.
Saya kenal dengan gadis itu (tunang Adam) waktu anak saya bawa berjumpa pada tahun 2022.
Waktu pertemuan itu, hati saya memang dah suka masa pertama kali pandang dia, sangat ‘simple’ dan sederhana.
Dan saya boleh kategorikan dia sebagai ‘perempuan Melayu terakhir’. Keperibadian dan perwatakan dia memang tiada masalah.
Zaman sekarang, susah nak cari yang beradab dan berbudi bahasa. Kalau keluar makan, dia akan ambilkan gelas. Segalanya serba serbi elok pada dia.
Bukan seorang ibu yang cerewet
Dalam pada itu, wanita tersebut menjelaskan bahawa dirinya bukanlah seorang yang cerewet dalam memilih kriteria calon menantu untuk anak-anaknya.
Saya ini bukan orang yang cerewet bahkan semua kawan-kawan Adam juga saya kenal.
Saya juga bukan seorang ibu yang suka kawal anak-anak tetapi sebaiknya saya kenal dulu dengan siapa anak saya berkawan.
Potongan video tersebut kemudiannya tular dan meraih perhatian netizen yang rata-ratanya memuji cara Puan Norma berkata-kara dan sama sekali tidak memburuk-burukkan bekas tunang anaknya itu.
Netizen juga melabelkan wanita itu sebagai ‘mentua idaman’ kerana tetap tenang meskipun berdepan dengan satu ujian yang berat buat keluarga.
Terdahulu, tular video memaparkan seorang lelaki bersama ahli keluarganya yang membuat pengumuman terpaksa menggantikan majlis perkahwinan yang sepatutnya berlangsung kepada majlis doa selamat.
Difahamkan, pengumuman itu dibuat selepas pengantin perempuan tidak hadir ke majlis tersebut kerana telah memulangkan cincin pertunangan sebulan sebelum majlis berlangsung.
Sumber: TikTok