berita

[VIDEO] Ibu Rebah, Anak Buat Kejutan Belikan Rumah..

April 11th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Twitter, seorang lelaki yang dikenali sebagai Iskandar Arifin berkongsi sebuah video mengenai kegigihan seorang anak untuk membahagiakan ibunya. Menurut Iskandar, wanita yang dikenali sebagai Puan Juzailah itu berjaya membakar semangatnya untuk berusaha lebih keras demi memberikan kebahagiaan buat insan tersayang.

Rasa nak menangis

Ibu mana yang tak terharu bila tengok anak-anak dia berjaya weh. Aku pon terkejut tau, mula-mula tengok dia cakap nak bawa mak dia pergi rumah kawan dia. Tapi last-last anak dia buat kejutan hadiahkan mak dia sebijik rumah banglo dekat Tijani Ukay. Mengalir air mata bila dia start menangis.

Menerusi video berdurasi 2:16 saat itu, Juzailah kelihatan mengajak ibunya untuk pergi ke sebuah rumah. Namun, setibanya di rumah tersebut, Juzailah atau mesra disapa dengan nama Ju memberitahu kepadanya ibunya bahawa rumah tersebut merupakan rumah baru mereka. Tambah Ju, dia menghadiahkan rumah tersebut buat ibunya. Sebak melihat reaksi ibu tercinta, Ju kelihatan mengalirkan air mata sebelum memasuki rumah tersebut.

Bakar semangat ubah nasib keluarga

Bila dah membesar dalam keadaan serba kekurangan ni, lagi lah buat membakar semangat kita untuk cuba mengubah nasib keluarga untuk jadi lebih baik kan! Berkat usaha ibu dia membesarkan anak-anak dia dalam keadaan serba kekurangan, akhirnya dibalas dengan hadiah yang terhingga.

Melihat video berkenaan, Iskandar meluahkan rasa semangat untuk mengubah nasib keluarganya juga. Jelas Iskandar, kejayaan yang dimiliki oleh Ju merupakan berkat doa ibu.

Ingat tau, walau berjaya macam mana sekali pun kehidupan kita. Tolonglah, jangan sesekali kita lupakan mak ayah kita. Tanpa restu mak ayah tak boleh kita berjaya macam hari ni. Terharu gila aku bila tengok video dari Juzailah Shariff ni. Jadi makin semangat aku nak cari duit! Kisah dari Puan Juzailah boleh dijadikan sebagai pembakar semangat korang! Walaupon dulu dia tinggal kawasan komuniti flat & hidup dalam keadaan yang serba kekurangan. Tapi dia langsung tak ada rasa rendah diri. Tapi dia terus berusaha utk berjaya & membahagiakan ibu yg tersayang

Di samping itu, Iskandar memberi nasihat buat anak-anak di luar sana agar jangan sesekali melupakan ibu dan ayah. Tanpa restu ibu dan ayah, seseorang anak itu tidak akan berjaya.

Sumber: Iskandar Arifin

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×