berita

[VIDEO] Ibu Sebak Anak 5 Tahun Positif Covid-19 Ke Hospital Seorang Diri

January 10th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Di media sosial, tular satu video yang membuatkan warganet sebak apabila kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, disahkan positif Covid-19. Lagi menyedihkan, apabila kanak-kanak itu bersendiran tanpa ditemani oleh keluarganya ketika dijemput oleh pihak hospital.

5 tahun disahkan Covid-19

Menerusi video yang berdurasi kurang 13 saat itu, menujukkan seorang kanak-kanak perempuan mengucapkan selamat tinggal kepada ibunya. Dalam video tersebut kanak-kanak itu dilihat telah bersedia dijemput oleh pihak hospital yang datang lengkap memakai sut peralatan perlindungan diri (PPE).

Bye mama, ok bye-bye kakak, jaga diri.

Ok, jangan nangis ok, kakak good girl kan.

Tidak berakhir di situ, ibu kepada pesakit (kanak-kanak perempuan) sempat memberikan pesanan ringkas buat anaknya.

Dah jumpa ayah!

Foto: Hariyati Arrifin

Menerusi satu status yang dimuat naik oleh seorang wanita dikenali Hariyati Arrifin, di laman Facebook, berkongsi keadaan terkini yang terjadi kepada kanak-kanak itu. Wanita itu dipercayai nenek kepada Saffiya (kanak-kanak pesakit Covid-19) menceritakan cucunya telah berjumpa dengan ayahnya yang juga positif Covid-19.

Akhirnya Saffiya ditemukan dengan ayahnya Muhamad Ifwan yg juga positive covid 19 di HKL. Pertemuan yang sangat menyayat hati tapi membahagiakan dua beranak ni dirakam menantu saya dan diberi pada kami dalam group keluarga.

Jelasnya lagi, menantunya selepas ini akan dipindahkan dari pusat kuarantin di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, ke Hospital Kuala Lumpur.

Teringat kata-kata Saffiya pada mamanya Ira Hazwani, dia cakap kakak tak takut pergi sorang-sorang naik ambulans sebab kakak nak jumpa ayah, nak peluk ayah. Kakak rindu sangat kat ayah. Menitis air mata saya tengok kegembiraan dua beranak ni.

Tidak berakhir di situ, wanita itu juga sempat memanjatkan rasa syukur kepada mereka yang telah membantunya dalam menyatukan semula keluarga kecil ini di satu pusat kuarantin yang sama.

Sumber: TV AlHijrah & Hariyati Arrifin

SKIP THIS AD ×