berita

[VIDEO] Ibu Trauma Bayi Diculik Cucu Pengasuh Berusia 14 Tahun Naik Van– ‘Mungkin Nak Dijual Kepada Sindiket’

August 25th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Baru-baru ini, seorang ibu muda berdepan detik cemas selepas bayinya berusia sembilan bulan dilarikan sekumpulan individu dalam satu kejadian di Taman Pauh Perai, Pulau Pinang kelmarin.

Bayi dilarikan gadis 14 tahun

Menerusi laporan Malaysia Gazette, Farisha Amirah Zainal memaklumkan dia hanya mengetahui insiden yang menimpa anak perempuannya, Noor Raisya Mohamad Rahimi selepas pulang dari tempat kerja dan ketika dalam perjalanan mengambil anaknya dari rumah pengasuh (seorang warga emas). Lebih mengejutkan apabila mengetahui individu yang disyaki melarikan bayinya itu merupakan cucu kepada pengasuh terbabit yang berusia 14 tahun.

Jantung macam nak luruh bila diberitahu anak saya dilarikan sekumpulan individu tapi kini saya bersyukur kerana bukan sahaja dia selamat malah polis turut berjaya mengesan suspek yang terlibat.

Susulan daripada itu, ibu muda ini menghubungi keluarganya memaklumkan berhubung kejadian sebelum suaminya membuat laporan polis.

Sampai pukul 9 malam kami (saya dan suami) masih berurusan dengan pihak polis sebelum saya kuatkan hati pulang ke rumah untuk solat.

Selepas solat, tiba-tiba naluri hati saya kuat mengatakan anak kami akan kembali ke pangkuan. Susulan itu, saya siapkan kelengkapannya termasuk menyediakan susu serta pakaian dalam satu beg sebelum turun dan tunggu kehadirannya di pos pengawal pangsapuri kami.

Bayi dah ditemui

Tidak lama selepas itu, mereka menerima panggilan memaklumkan bayi tersebut ditemui dalam keadaan selamat dan telah dibawa ke Hospital Bukit Mertajam untuk pemeriksaan.

Anak saya itu mungkin dijual kepada sindiket sekiranya pihak polis lambat mengesan suspek memandangkan bayi kami ditemui dalam sebuah van yang dipercayai dalam perjalanan ke sempadan negara jiran melalui negeri di Pantai Timur.

Farisha Amirah akui masih trauma dengan apa yang berlaku dan disebabkan itu dia nekad berhenti kerja untuk mengasuh anaknya sendiri. Dia juga berharap agar individu yang terlibat dalam kes penculikan itu diberi hukuman yang setimpal. Difahamkan, kesemua suspek terdiri daripada dua wanita dan tiga lelaki berusia lingkungan 14 hingga 43 tahun telah ditahan reman bagi membantu siasatan.

Video

Sumber: Malaysia Gazette, Farisha Amirah Zainal

SKIP THIS AD ×