Ibu kepada Nidza Afham, Irni Yusnita Istihat mengucapkan terima kasih kepada kekasih Allahyarham iaitu Hazmiera Amrisya kerana berkongsi lokasi terakhir arwah.
Artikel Berkaitan: Abang Nidza Ahfam Dedah Arwah Ada Tanya Fasal Persediaan Jadi Suami – ‘Dalam Laptop Dia Ada Folder Makna Solat’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Bola Beri Teguran Netizen Persoal Punca Kematian Arwah Nidza Afham – ‘Jangan Beri Pandang Seolah Kita Pula Penyiasat’
‘Terima kasih Miera…’
Kata Irni, seadainya Hazmiera tidak memaklumkan tentang kehilangan Afham, dia dan ahli keluarga pasti buntu untuk menjejaki arwah.
Saya berterima kasih kepada Miera. Sebab ketika itu, bateri telefon Afham hanya tinggal 14 peratus.
Andai kata lewat, jika telefon sudah tidak dengar nada dering dan tidak dapat kesan lokasinya.
Irni berkongsi mengenai perkara itu ketika melakukan sesi siaran langsung di TikTok, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Irni turut menyifatkan Hazmiera seorang gadis yang baik budi pekertinya.
Allah takdirkan Afham bertemu dengan Miera, seorang yang sangat baik budi pekertinya.
Bayangkan kalau tidak, mungkin tidak tahu nak cari di mana lokasi terakhir Afham.
Pada 21 Ogos lalu, polis mengesahkan mayat yang ditemui terapung di sekitar Jambatan Sungai Klang ialah Nidza Afham yang dilaporkan hilang selepas melakukan aktiviti riadah di Stadium Sultan Sulaiman.
Kes kematian arwah diklasifikasikan sebagai mati mengejut atau ‘sudden death report’ (SDR).
Sementara itu, Polis Selangor iaitu Datuk Hussein Omar Khan, berkata, hasil bedah siasat menunjukkan tiada sebarang kecederaan fizikal pada tubuh badan mangsa.
Video
@athqahhh #nidzaafham ? Rindu Setengah Mati – Nidza Afham