Ibu kepada pelakon dan usahawan Zarina Zainuddin iaitu Zahura Abdul Mutalib telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pagi Rabu.
Salam takziah
Berita duka itu dikongsikan oleh Zarina atau nama lengkapnya Nur Zarina Mohd Zainuddin menerusi hantaran di Instagram. Aktres ini juga memohon orang ramai mendoakan agar Allahyarhamah ibunya ditempatkan dalam kolongan orang beriman.
Mak saya Zahura binti Abdul Mutalib baru saja meninggal dunia selepas subuh pagi ini. Tolong doakan mak saya semoga arwah ditempahkan dikalangan orang orang yang soleh dan beriman.
Dalam pada itu, Zarina memberitahu kali terakhir mereka berhubung adalah pada malam Selasa iaitu sebelum arwah dijemput Ilahi pada keesokan harinya.
Kali terakhir saya bermesej dengan mak saya malam tadi waktu saya balik dari shooting jam 2.30 pagi.
Sekadar info, jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan di Ipoh, Perak.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Instagram Zarina Zainuddin