Baru-baru ini tular kembali video di mana pasangan romantis, Iera Syazira dan suami, Azad Jazmin berkongsi detik perkenalan mereka suatu ketika dahulu.
‘Baru kenal, dia nak pinjam RM500’
@m.ikhwan_amin_007 Replying to @why not.. Sambungan cerita Pak Azad Dan Eira Baru kenal dah nak pinjam duit RM500 pak Azad dekat elra Memang potong pakazad2 Port4@E I R A S Y A Z I R A @Azad syazira roses #fyp #TikTokAwardsMY2024 #fyp??viral #sokongmalaysia?? #viral #pakazad #1?? #sepatu #fyp? #Eirapakazad ? original sound – Panglima hitam9
Menerusi video yang dikongsikan semula oleh pengguna TikTok, memaparkan Iera atau nama sebenarnya Syazira Suhaimi dan Azad atau Azad Jazmin John Louis Jeffri sedang bersiaran langsung di platform media sosial dengan mengimbau kembali kenangan di awal perkenalan mereka.
Menurut aktres berusia 40 tahun itu, kali pertama dia dan suami bertemu adalah di sebuah restoran. Tetapi apa yang mencuit hati apabila Iera memberitahu Azad tidak segan untuk meminjam wang daripadanya meskipun ketika itu mereka baru berkenalan.
Baru kenal, esoknya masa ‘bergayut’ (buat panggilan), dia nak pinjam RM500. Kau rasa? Saya masa tu, pantang betul. Dia kata dia nak bayar sewa rumah mak dia dekat Penang.
Tapi saya tak bagi lah.
Bercerita dengan lebih lanjut, Iera memaklumkan hubungannya dengan Azad ketika itu dihidu oleh orang dalam industri namun dia bertindak menafikan menjalin hubungan istimewa dengan aktor itu.
Kami kenal dulu, memang tak sangka, Orang yang saya tak suka tengok dalam TV, dan masa tu watak dia berlakon dalam drama adalah merogol perempuan. Saya tengok dia, saya benci. Saya rasa pak Azad ni poyo sangat.
Masa saya jumpa dia (Azad) saya terus lupa yang dia adalah individu yang saya benci masa tengok dalam TV tu.
Selepas berjumpa di set penggambaran, hubungan mereka mula rapat sehinggalah akhirnya membawa mereka ke jinjang pelamin.
Saya suka lelaki tinggi dan masa tu saya rasa dia sempurna lah.
Menjangah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya akui terhibur melihat gelagat pasangan suami isteri ini. Mereka mendoakan agar hubungan Iera dan Azad sekeluarga sentiasa bahagia dan dilindungi Allah SWT.
Sumber: TikTok